3 Habit Jutawan Usahawan Internet Perlu Ada

usahawan internet

[hana-code-insert name=’header footer’ /]

di dalam dunia perniagaan Usahawan Internet, tidak dinafikan, ada perkara yang lebih asas sebelum datangnya segala strategi dan teknik pemasaran, kekuatan jualan setiap hari mahupun bulanan.

Ianya adalah tabiat iaitu habit yang dipraktiskan Usahawan Internet itu sendiri setiap hari 24/7 yang buatkan perniagaan mereka berjaya. Tentu anda kenal kan dengan usahawan-usahawan yang kaya raya di dunia ini, dan mereka punyai tabiat harian yang hebat.

berikut adalah 3 Perkara yang percepatkan Usahawan Internet berjaya

usahawan internet

1. Mulakan pantas

ramai dari Usahawan Internet pada mulanya bermula dari bawah. Mereka ialah orang-orang yang asalnya hasilkan pendapatan melalui program  seperti

  1. dropship
  2. agen
  3. pengedar,pemborong
  4. stokis

tapi apabila mereka kuasai sistem jualan dan ingin mengorak ke dunia perniagaan lebih besar seperti OEM, iaitu pembinaan produk jenama sendiri untuk kali pertama, mereka tidak ambil masa lama untuk bertindak.

Kebiasaan bagi mereka yang tidak berjaya dalam dunia perniagaan, mereka lebih suka tunggu dan lihat. Selagi tak nampak hasil mereka tidak terasa tergerak untuk keluar dari comfort zone mereka

apabila mereka kenali Kilang OEM yang boleh bantu mereka bina produk, mereka bertindak pantas, mereka MULAKAN LANGKAH terus dengan menghubungi, melakukan temu janji, melihat kepada RND produk, dapatkan dokumentasi dan kurang dalam masa sebulan , produk baru jenama sendiri yang mereka impikan menjadi kenyataan.

mudah tak nak jadi kaya raya? Mudah jika anda MULAKAN SEGERA, MULAKAN PANTAS

2. Lakukan dengan pantas

bila dah berniat untuk jadi usahawan Internet, perkara yang perlu didatangi ialah anda kena cepat dalam industri anda. Kemaskan segala perancangan anda dan lakukan pantas.

Seperti contoh, anda ingin merangka sistem jualan dari dropship, agen, pengedar, stokis , affiliate dsb, set kan masa  dan cuba lakukan dan siapkan sistem ini  lebih awal dari masa yang ditetapkan

ada yang kata jika buat kerja cepat-cepat nanti kualiti hilang, jawapan saya, tiada perkara seperti itu. Seorang yang dah biasa anyam ketupat hanya ambil masa 20-30 saat untuk hasilkan anyaman ketupat berbanding mereka yang baru nak bertatih, ambil masa sehingga 5-10 min. Adakah kecepatan masa itu mengurangkan kualiti?

3. Recover Pantas

tidak dinafikan, dalam perniagaan kita akan hadapi kegagalan demi kegagalan sebelum temui kejayaan. Tapi masa yang diambil kita untuk recover dari kegagalan itu akan percepatkan kejayaan kita. Faham?

Contoh  1

en A hadapi kegagalan dan ambil masa 3 bulan untuk recover dari kegagalan. Jika setahun, en A telah recover  4 kali dari kegagalan

Contoh 2

en B hadapi kegagalan dan ambil masa 1 bulan shj untuk recover dari kegagalan. Jika setahun, en B telah recover 12 kali dari kejayaan

Andai kata jika sebagai Usahawan Internet anda perlu sekurang-kurangnya 16 – 20 kali kegagalan atau cabaran sebelum temui kejayaan, siapakah yang akan capai segera dalam kejayaan, en A atau en B?

jangan takut pada kegagalan, itu adalah normal. Tapi bangkit dan recover pantas!

dunia perniagaan ini adil. Mereka yang berusaha keras dan banyak, mereka akan berjaya. Ini juga yang dialami oleh Usahawan Internet sebelum mereka capai kejayaan. Jangan give up, bina habit yang baik serta berusaha sungguh-sungguh untuk jadi jutawan yang anda idamkan

[hana-code-insert name=’header footer’ /]

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?