Engagement di Instagram

tips tingkatkan engagement di Instagram

 

Instagram baru-baru ini mengubah software sosial media mereka, yang telah menyebabkan penurunan penglibatan pengguna (engagement) . Dalam kata lain, jika anda mahukan lebih banyak engagement, anda kena beriklan! Sedih bukan?

Awalnya, Instagram mula sasarkan pada akaun yang mempunyai sejumlah besar pengikut palsu atau yang membeli LIKES dan memberi komen palsu. Trend ini telah mewujudkan masalah realiti yang teruk. Walaupun ia mungkin menarik untuk membeli “engagement”  ia akan memberi impak negatif pada  pengguna dalam jangka masa panjang.

Kedua, mereka mengubah struktur posting anda dimana ramai orang ditapis dari dapat melihatnya. Tanpa engagement kuat sebaik sahaja selepas anda post, impak anda akan lemah dan berkurang dari sepatutnya.

Berikut ialah 3 petua untuk membantu anda meningkatkan ENGAGEMENT di Instagram

1. Elakkan bot

No BOt on IG

Kerana algoritma yang kuat yang dapat memisahkan pengguna sebenar dari bot automatik, Instagram dapat TAHU jika anda menggunakan bot.

Oleh kerana menggunakan bot adalah melanggar peraturan penggunaannya secara terang-terangan, jika akaun anda ditangkap menggunakan bot, anda akan mendapat “shadow banned.” Shadow banned bererti bahawa kandungan posting anda akan  kurang muncul pada newsfeed followers anda.

Yang lebih teruk ialah, anda tidak tahu anda telah di “shadowbanned  “ atau tidak. Oleh itu penggunaan bot sangat berbahaya di IG

2. Hadkan diri kepada satu posting sehari.

instagram single post

Oleh kerana algoritma Instagram yang terbaru ini, kandungan posting boleh muncul untuk tempoh masa yang lebih lama, ia sebenarnya berikan impak yang kurang baik  jika anda posting terlalu kerap.

 

Sesetengah pengguna hanya menyemak Instagram mereka sekali sehari atau kurang, dan Instagram mengekalkan posting yang belum mereka lihat di bahagian atas newsfeed mereka. Sekiranya anda menyiarkan lebih daripada sekali sehari, ini menyebabkan posting anda bersaing dengan satu sama lain. Hasilnya ialah kedua-duanya akan mempunyai engagement yang tidak baik.

Daripada memilih posting, mula menggunakan Instagram Story, kerana followers anda dapat ikuti anda dengan kerap dan meningkatkan engagement

3. Optimalkan hashtags.

optimum hashtag di IG

Hashtags membolehkan anda muncul pada tempat-tempat khusus, memberikan anda peningkatan untuk engagement. Memahami hashtags mengikut demografi anda dan sejajar dengan kandungan anda dapat membantu tingkatkan potensi untuk anda keluar di newsfeed bakal-bakal

Sekiranya anda melakukan cukup baik pada awalnya, anda mungkin akan dipaparkan dalam bahagian “posting teratas” untuk hashtag dan menikmati exposure yang lebih lama. Untuk menggunakan hashtags secara optimum, anda perlu mencari atau bina 15-30 hashtags yang akan buatkan posting anda berada di puncak

 

 

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?