Jutawan Kuih Muih di Malaysia

zaman sekarang ini, ramai usahawan muda beralih kepada perniagaan online. Perniagaan tradisional seperti perniagaan kuih muih , sarapan pagi seperti nasi lemak, mee goreng dsb jarang kita nampak orang muda lakukan. Sehabis baik kita lihat, makcik pakcik ataupun nenek tua berniaga. Apakah perniagaan kuih muih ini tidak menguntungkan?

Jika anda tanya saya, saya jawab perniagaan ini menguntungkan. Bahkan sama seperti mana-mana perniagaan online, setiap perniagaan ini boleh dikecilkan mengikut niche atau disapu habis @ jual semua jenis aneka kuih muih pada satu-satu masa. Ini bukan omong-omong kosong. Kalau perniagaan ini tidak menguntungkan, tidakkah anda merasa pelik, kenapa peniaga kuih yang sama boleh duduk di kedai yang sama, setiap hari selama bertahun-tahun?

saya Adam Jamaludin, nak berkongsi pada anda, bagaimana anda boleh jadi jutawan kuih muih atau sarapan pagi di Malaysia

 

Jutawan Kuih Muih di Malaysia, iya atau tidak?

sebelum topik ini dipanjangkan, ingin saya ingatkan, hendak menjadi jutawan datang dengan seribu kepayahan . Kerana jadi jutawan itu manis, oleh itu pahit nya ialah proses menjadinya. Begitu juga dengan industri kecil-kecilan ini. Tapi jangan terperanjat ya jika saya katakan kiraan dan formula yang saya kongsikan ini menjadikan industri ini topik menarik untuk dikupas.

 

1.Jutawan Kuih Muih dengan Jualan Satu Jenis Kuih sahaja.

ketika umur saya 13 tahun, saya ikuti pakcik saya Paman Haris dari Kluang, Johor untuk habiskan waktu cuti sekolah saya pada akhir tahun. Ketika itu saya diberi gaji Rm 10 sehari untuk membantu perniagaan kuih beliau iaitu Putu Bambu.

 

jutawan kuih muih

perniagaan putu bambu ini bermodalkan tepung, gula melaka alatan memasak seperti tong air masak. Proses menghasilkan kuih ini ada dua fasa iaitu fasa penyediaan tepung dan bahan dan fasa kedua fasa memasak di atas tong air ( masak stim ) . Ketika itu saya bantu menjual hanya di tepi jalan raya, bukan di tempat komersial. Buka khemah kecil di tepi simpang jalan. Namun pendapatan harian cukup lumayan. Dengan jualan air barli ( rm 1 ) dan kuih putu bambu ini sebekas RM 2.50 . Kami berjaya hasilkan dari RM 300-400 sehari. Secara mudahnya dalam sebulan hasil jualan sebanyak RM 12,000.

RM 12,000 sebulan ( untung kasar ) , bukan kah ianya berbaloi?

 

2. Jutawan Kuih Muih dengan Jualan Aneka Jenis Kuih

jutawan kuih muih

jika anda punyai skil dan kemahiran buat lebih dari satu kuih seperti Karipap, Donut, Keria , Goreng Pisang dsb. Anda boleh mulakan. Lebih banyak variasi, lebih banyak pilihan dan trafik ( pembeli ) ke kedai anda. Al maklumlah, selain goreng pisang, banyak jenis kuih yang orang ramai suka makan tapi tidak berapa pandai untuk buat atau tiada masa untuk buat di rumah.

dengan harga pasaran kini, perniagaan kuih muih ini lumayan. jika satu jenis kuih boleh berikan anda RM 80-100, bayangkan jika anda 5 jenis kuih. Ditambah lagi jika anda menjual minuman ringan seperti Air Kelapa/Air Teh Cincau, pendapatan harian anda boleh capai sehingga RM 600-700 sehari.

1 jenis kuih = RM 80-100
5 jenis kuih = RM 400-500
Minuman = RM 100-150

 

3. Jutawan Kuih Muih menggunakan Konsep Vendor

 

jutawan kuih muih vendor

anda hanya tahu buat sejenis kuih sahaja atau anda punyai masa terhad untuk buat lebih dari 1 kuih sehari. Tapi anda punyai ruang kedai atau ruang menjual  yang luas. Oleh itu buka kan ruang perniagaan pada peniaga lain untuk menumpang jualan mereka di kedai anda.

Pernah tak anda melihat kedai mamak tapi ada turut menjual nasi lemak yang siap dibungkus? Ini adalah konsep vendor. Anda berkoloborasi bersama peniaga lain untuk menjual produk kuih muih mereka ( yang tidak sama jenis dengan anda ) . Sekali lagi , anda bukan sahaja menjual kuih anda sahaja, bahkan anda juga dapat tarikan trafik ( pembeli ) kerana kedai anda menjual berbagai jenis kuih muih.

Jimat tenaga. Bertambah rangkaian anda. Dan jangan lupa, minuman adalah pasangan baik kepada jualan makanan. Bila gunakan konsep vendor ini, anda boleh adakan aneka kuih dari 5 jenis ke 10 jenis ke 20 jenis pada satu-satu masa.

namun harus diingatkan, jualan kuih dari konsep vendor rendah pulangannya. Hasil jualan dari vendor tadi akan diberikan kepada tukang buat kuih masing-masing. Tidak perlu risau akan itu, kerana konsep berniaga ini adalah himpunan rezeki. Siapa yang bersatu, rezeki mereka akan bertambah limpah ruah.

kuih anda = RM 80-100
minuman anda = RM 100-150
vendor = RM 200-300 atau lebih bergantung pada jumlah vendor

 

4. Jutawan Kuih Muih dengan Jualan Makanan dan Minuman ( mini kedai makan)

jutawan kuih muih

pernah anda lalu pada waktu siang ke petang, ada kedai kecil atau warung mini  yang menggunakan khemah sebesar 10×10 atau besar sedikit dari itu untuk berniaga. Mereka juga sediakan beberapa kerusi dan meja lipat untuk para pelanggan makan di situ.

seperti contoh, perniagaan cendol dan mee rojak. Gandingan dua makanan ini amat mudah. Cendol sebagai minuman manis, rojak sebagai makanan. Contoh lain juga seperti,mee kari , mee laksa , mee rebus dan sebagainya. Jualan ini dikatakan sebagai “high ticket item” untuk peniaga kuih muih kerana satu jenis makanan berharga seminina rm 4-5 .

makanan dan minuman ini yang diganding bersama kuih muih tadi membantu meningkatkan hasil jualan berlipat kali ganda.

kuih anda = RM 80-100
makanan berat ( laksa/mee kari ) = RM 400-500
minuman = RM 100-150

kiraan di atas adalah kiraan peribadi mengikut pengalaman berniaga saya. Mengikut hemat saya angka itu boleh jadi lebih lagi atau kurang mengikut teknik dan strategi perniagaan anda. Menjadi jutawan kuih muih bukanlah satu dongeng, kerana kita pernah dengar kisah ibu tunggal membesarkan anak-anak dengan jualan kuih. Kita juga pernah lihat kedai Putu Bambu World di RNR yang meraih keuntungan banyak. Oleh yang demikian tidak pelik perniagaan kuih muih amat lumayan.

jadi cuti sekolah ini, tanya pada diri anda atau pada anak-anak, nak tak niaga kuih muih? buka sekolah januari nanti dah ada duit saku sampai 10 ribu ke 20 ribu.

 

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

2 thoughts on “Jutawan Kuih Muih di Malaysia”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?