Selepas Setahun Menjadi Oppa…

Salam wbt. Lama rasanya tak menulis blog. Lama tak menulis? Tak jugak sebab selalu aktif di ruangan facebook. Kalau dekat blog ni bila dah menulis, best sikit. Banyak ekspresi yang boleh diluahkan.

Dan ini blog aku, jadi sekeras-kerasnya adalah pendapat aku, haha.

mine and mine alone! hahahaha

So what happen dalam tahun ni dan tahun lepas. Recap balik lepas setahun dari 31 Ogos 2020, aku ada nak rebrand certain benda workscope aku.

Rebrand ?

Kenapa nak buat?

Well, kalau dalam industri aku buat web ni, pesaing aku tak lain tak bukan 2 benda saja.

  • Mereka yang sama industri dengan aku
  • Diri aku sendiri.
beat yourself. You can do it.

Jadi kalau ikutkan, aku ni bukannya popular dan well known ke apa. Haha. Tetapi kalau nak buat orang ingat pada aku, atau brand aku, susah woooo.

Jadi tanggal 31 Ogos 2020, aku buat satu leap of faith untuk branding diri aku.

Dari Adam Jamaludin kepada Oppa.

Ini adalah salah satu decision paling ridiculous and silly yang pernah aku buat dalam hidup aku. Yet ini jugak titik perubahan yang bagus.

Step 1. Pergi Salon.
Step 2. Bleach Rambut sampai jadi putih
Step 3. Step 2 gagal sebab proses tu “painful” hahahaha
Step 4. Putih tak dapat, jadi dapat warna close kepada putih iaitu silver.
Step 5. Silver pun takdapat, jadi kuning menyala.

In the proses ke kuning tu, hanya lunturkan warna dari hitam, oren, oren kuning, kuning.

There you go.

tokey Burger Muar, burger best giler

Tujuan asal ak buat ni adalah untuk satu event di Sabah. Nak jadi “lain” sikit untuk capture attention. Yer attention seeker. Itu kan marketing. Haha.

Dan method ni aku dah cuba dua tiga kali event.

Before this aku dijemput untuk satu talk website di Mutiara Damansara. Talk Bersama alumni Irfan Khairi.

Waktu tu ak baru balik Umrah, botak beb kepala. Tapi aku fikir kalau citer pasal web semata, boring audience. Semua dalam tu dah power buat biz.

soleh Oppa, selepas selesai Umrah, saie dan botak kepala terus.


Jadi aku spend dan invest duit ke satu spek mata ni. Kalau korang peminat Tony Stark @ Iron Man, mesti korang tahu “Edith”, spek mata yang bercakap.

Iyer, aku beli spek mata yang boleh bercakap ni. Quite costy for try and error Investment.

Rege Dalam 1.6k.

Maka, waktu event tu, sampai part aku, aku dijemput untuk citer kan pasal website dan benefit. Tapi konten yang aku sampai kan , aku twist kepada Future Technology.

Kalau korang nak tahu, betapa poyo nya aku malam tu, sepanjang malam, di waktu malam yang gelap, aku pakai spek mata hitam. Hahhahahaha

duduk melepak santai-santai di waktu malam sambil pakai spek mata hitam. haha

Reason dia?

Crazy Branding

Sebab tujuan aku adalah “perhatian” .

Be different.

Dan bila tiba time aku memegang mic untuk sampaikan talk aku , dia macam TED talk, short compact dan simple.

Yada yada pengenalan diri
Yada yada web, google , seo
Then  aku come up dengan STUN idea yang dah di plan.  Ini pitching aku

“ …bayangkan suatu hari nanti teknologi 5g semua orang dah pakai. Orang tak taip nak cari sesuatu, mereka cakap saja terus keluar … “

Masa ni audience aku tak faham

Aku bagi  gambaran Tony Stark & Edith.

“ kalau mereka nak cari Produk A, mereka akan cakap terus pada spek mata

… tolong carikan produk A, tolong carikan produk B, terus keluar … “

“… jadi siapa yang ada website , produk mereka akan keluar dalam carian … “

Waktu ni audience aku ni ragu-ragu.

Aku pun continue..

“ apa yang tuan puan Nampak di depan adalah Live Edith, saya boleh bercakap dengan spek mata ni , dan minta dia buat apa yang saya nak … “

Ini moment of truth. Berdebar giler.

Waktu ni aku plan nak CALL salah seorang audience dengan hanya sebut nama mereka, Edith ni akan call betul-betul.

Weyh, giler, memang giler.

Sebab masa event ni, ni pulak kali pertama aku buat. Orang yang nak aku call tu pun dia tak tahu plan aku ni..

Aku minta audience untuk diam dalam 5 saat. Suasana dewan tu senyap , sunyi sepi.

Waktu ni berdebar. Aku nak bagi command kat spek Mata Edith ni…

Aku pun bagi command

“ call Afiq sekarang “

Afiq ni salah seorang Audience yang hadir.

Masa tu, semua pandang aku, aku pandang semua orang.

Kalau tak jadi, aku Malukan diri aku dihadapan puluhan jutawan bisnesman depan aku.

Tetapi Allah izinkan plan aku untuk Berjaya

Dalam senyap sepi , tiba-tiba ada call masuk

Afiq yang tak tahu tiba-tiba rasa paha dia bergetar. Ada call masuk.
Call tu dari aku.

Dia punya muka SHOCKED!

Dan waktu tu seluruh Dewan WOAAAAAAAAAAAA

boleh kata riuh gak lah hahahahahhaha

Aku dah terbang ke Langit masa tu, syukur all worked as plan. Hahahahaha

Afiq loud speaker, dan suara aku keluar dari handphone dia. Live!

Macam mana investment ni benefit aku?

Spek Mata tu tools marketing sahaja. Objektif aku adalah attention mereka untuk INGAT aku.

To be remembered sangat sukar, be different.

Asbab dari Stun Action call gunakan edith tu, boleh kata half of the crowd pass kan bisnes card mereka untuk jadi future klien aku. Dan dari situ, mereka pulak brag aku kat kawan-kawan mereka.

Anggaran Total Popit dapat dari Event ni : almost 50k ++

Investment aku : Rm 1.6k untuk sebuah spek mata yang boleh bercakap. Muka botak aku time tu tak laku rasanya hahahahah

Berbalik semula pada Tukar kan diri aku dari Adam Jamaludin kepada Oppa AJ. Kenapa aku nak buat ni?

Apa benefit?

Seingat aku, dalam 1 Tahun Transformasi dan branding ni, tujuan aku , aku nak diingati secara berbeza dengan rakan-rakan web developer , web designer di luar sana.

Bukan satu dua dev kat luar sana, beratus.
Dan penat nak bersaing terutama dari segi harga, result , hasil kerja dll.

Bahkan ini works perfectly bila klien aku adalah dari Higher Sector.
Company kecil yang aku bina iaitu Tuah Tech dan AJ Digital sukar nak diingati.

Tetapi aku kuat dapat rekomendasi dari pegawai-pegawai kerajaan/swasta bila nama aku dipetik dengan sequence seperti ini

“ saya cadang tuan/puan buat sistem web dengan developer ni.. saya  tak ingat nama dia tapi rambut dia kuning-kuning sikit tu.. “

Haha.

Bukan sekali . Tapi rekomendasi berulang-ulang sehingga dari tak kenal, jadi ingat, dan jadi pilihan.


Turn Out event?

ROI of Branding?

Dari rekomendation ni, aku dapatlah klien-klien yang extraordinary. Antaranya retis.

Kenal Wawa Zainal & Aeril Zafrel?

Ni klien yang aku dapat bukan secara direct tapi dari rekomendation.

Hampir setahun berlalu..

Siapa yang rekomen?

Mereka yang ingat aku.
Ingat pada Brand Aku

Ingat pada AKU

AKU yang berwarna Kuning.

Aku yang Bernama Oppa.

Hahahahahahha.

Aku boleh yakinkan diri aku, semua hasil kerja , web design atau web development, semua orang boleh tiru dan buat. Sebab itu adalah kerja teknikal yang boleh dibuat oleh mana-mana orang mahir. Tetapi nak letakkan diri, letakkan jenama dahulu bagi aku adalah longetivity kepada bisnes.

Orang lebih selesa memilih brand yang mereka kenal.
Orang lebih selesa memilih brand yang disebut-sebut.
Orang lebih selesa jika kawan2 yang rekomend brand.
Oppa is not a name. Oppa is a brand.


Oppa AJ .

Ok done membebel ari ni.

Nak continue buat web. Nak keluar jenjalan hujung minggu sabtu ahad macam tak kot . Sebab kat luar tengah berbondong-bondong manusia tengah bercuti. Kes kobib 20k ++ tapi nak buat macam mana kan, terkurung 2 tahun. Hahaha

Aku terus continue.

Continue buat benda aku suka.
Internet of Thing
Web Designing
Web Development..

Sebab benda ni aku suka.
Benda aku suka, aku buat tiap-tiap hari.
Aku boring buat web, aku buat tutorial buat web.

Aku boring buat tutorial, aku buat sistem web pula.
Sebenarnya bukan term boring, Cuma nya ini rutin aku.

teruskan web design & tutorial Youtube.



Jadi kalau korang nak cari web designer yang power untuk bangunkan bisnes korang, untuk kembang lagi bisnes korang, pilihlah aku. Ni makanan  aku. Ni life aku. Aku confident untuk realize apa-apa projek web yang terlintas kat minda korang.
hahahaha.

Ok Adios.

Ilal Liqa’

Jumpa Lagi

Sayonara.

Salam wbt.

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?