TAMIYA SHOP NOGORI @ PAROI , NEGERI SEMBILAN

KEMBALIKAN NOSTALGIA TAMIYA

MULAKAN SEMULA HOBI ZAMAN KANAK-KANAK  BERSAMA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN

Anda tentu pernah bermain dengan salah satu model di atas ini kan? Ini adalah antara model keluaran pertama mini 4WD yang telah dihidupkan kembali. Ramai yang dapatkannya, kini giliran anda pula!

Adakah Anda Mengalami 5 Kenangan 

Seperti Ini?

  • Anda sedang bermain riang gembira tanpa fikirkan masalah
  • Memegang mainan semula dengan rasa seronok
  • Berlari-lari bersama-sama kereta tamiya anda
  • Anda bersama-sama rakan sekolah atau jiran anda ke bandar untuk mencari model kereta tamiya
  • Bahkan sekarang ini anda nak bermain Tamiya bersama-sama si kecil anda, wah seronoknya!

Ditambah lagi dengan 5 KEMAHUAN 

seperti ini?

  • Anda nak bermain dan kenalkan hobi Tamiya ini pada anak-anak
  • memasang kereta semula dari tayar, engine, roller dan bateri bersama-sama mereka
  • setelah siap, anda mahu mencari kedai Tamiya dan menggunakan trek untuk uji kelajuan kereta anda
  • Bila anda laju di trek, rasa seronok tak terhingga terpancar.
  • Anda Nak mulakan hobi Tamiya ini semula!

Tidak perlu risau, ini bukan kali pertama kami di T-Project.com mendengar rintihan ini. 95% orang dewasa di luar sana juga meluahkan perasaan yang sama. Dan kami telah menyelesaikan masalah mereka dan hidupkan hobi Tamiya mereka semula

Mengapa T-Project?

Kami dari T-Project mahukan hobi Tamiya @ sukan mini 4wd ini diteruskan kerana kami tahu ramai di luar sana termasuk anda merindukan bermain Tamiya. Kepakaran dan kebolehan kami adalah membantu melahirkan pelumba-pelumba cilik dari umur 7 tahun sehingga ke pelumba dewasa berumur 30 tahun ke atas.

Stok Jualan Murah

Stok-stok yang kami ambil adalah terus dari Negara Pengeluar iaitu Japan. Kebanyakan harga Tamiya dari kedai kami adalah harga yang berpatutan dan mesra pelanggan

Trek Disediakan

Kami faham anda mahukan tempat untuk berlatih dan menguji kepantasan kereta anda. Oleh itu, kami telah sediakan trek dan boleh bermain di kedai T-Project secara PERCUMA

Produk Berkualiti

Kami pastikan setiap produk Tamiya yang diimport dari negara pengeluar adalah Original yang sudah pasti meningkatkan ketahanan di dalam trek. Anda tidak perlu risau akan kualiti ianya terjamin

Produk Mesra

Untuk ibu bapa yang mahu membawa anak-anak ke sini, tidak perlu risau kerana produk ini adalah mesra umur, ianya mudah dibawa, ringan dan seronok bila bermain

Bantuan dan Servis

Anda perlukan bantuan? Dari segi pemasangan atau pun nasihat kami akan berikan. Berbagai jenis tahap keseronokan dapat di pamerkan di dalam trek kelak

Pertandingan

Kami juga menganjurkan pertandingan pada setiap minggu untuk menguji kepantasan kereta tamiya. Di samping itu juga, kami juga menganjurkan pertandingan dari peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan untuk raikan peminat Tamiya seluruh Malaysia

Ikuti 5 Tips Ini Untuk Mulakan Langkah Pertama Hidupkan Hobi Tamiya

  • Mulakan dengan membeli Kit Tamiya pertama anda
  • Jika Anda Tiada Idea untuk pilih Kit, Kami Akan Berikan 3 pilihan Kit Kereta Yang Menjadi Trend Terlaris Di Pasaran
  • Seterusnya Nyatakan Minimum Order Quantiy ( MOQ ) Yang Anda Mahukan
  • Nyatakan juga jika anda mahukan Item atau Aksesori Tambahan seperti Enjin, Bateri dsb
  • Hubungi Kami Terus Dengan Klik Butang Whatsapp Di Bawah Sekarang

T-Project adalah Kedai Hobi Tamiya Mini 4WD yang melahirkan pemain serta menghidupkan kembali Nostalgia Kereta Tamiya

Tidak seperti  Kedai Hobi lain, T-Project menyediakan platform untuk peminat 4wd untuk bawa hobi mereka sehingga ke peringkat International Japan. T-Project komited membantu muda-mudi berhobi sambil bergembira dengan kerta Tamiya

T Project Tamiya Paroi APok.

Kenali Saya Shahmi Lubis @ Apok T Project

Tak kenal maka tak cinta , kan? Nama diberi Mohd Shahmi Lubis atau lebih dikenali sebagai Apok di Paroi. Saat kali pertama saya kenali Tamiya adalah pada tahun 1997 ketika umur saya 6 tahun. Tika itu , saya masih kecil tapi tidak mampu untuk miliki set Kereta tamiya ini.

Saya tidak berputus asa,kerana saya cinta kan hobi ini kerana hobi ini membuat saya gembira. Selepas graduasi dari universiti tempatan, saya bekerja sebagai  guru. Namun hidup saya tidak berapa gembira, saya rindukan Tamiya.

pada Tahun 2014, saya telah bina kedai pertama saya iaitu T-Project di hadapan Masjid At-Takwa , Paroi. Hari demi hari, ramai anak-anak muda hadir-hadir bermain bersama. 

Impian saya ketika kecil ingin bermain Tamiya tercapai bahkan saya juga berazam untuk hidupkan hobi ini. Ramai tanya saya, apakah matlamat saya dalam T-Project, jawapan saya

” saya mahu merasa kegembiraan yang saya rasai ketika kecil dulu turut dirasai generasi akan datang “

Acara-Acara yang telah dianjurkan T-Project

Majlis Belia Malaysia, Bangi Revenue

Temubual Bersama Akhbar Metro, Utusan, Tv3 dan Astro

Pelanggan Yang Berpuas Hati
Acara Dalam Negara
Produk Akan Datang
Pasukan Pelumba

Antara Kit Terlaris dan Mendapat Permintaan Tinggi Di Pasaran

5 Jaminan Dari T-Project

  • Keseronokan dan Kegembiraan Anda ketika bermain di Trek
  • Produk yang kami berikan adalah Original
  • Khidmat nasihat dan bantuan untuk bina kereta pertama anda
  • Kami menjemput anda SETIAP HARI ke kedai untuk test track PERCUMA
  • Anda akan rasakan masa anda dengan hobi ini tidak sia-sia

KEMBALIKAN NOSTALGIA TAMIYA

MULAKAN SEMULA HOBI ZAMAN KANAK-KANAK  BERSAMA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN

Hubungi Kami Sekarang!

Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya nilai hobi Tamiya T-Project yang akan disampaikan kepada anda membantu anda mengembalikan nostalgia kenangan manis, lalu menghidupkan hobi yang lama anda mahukan, membuatkan hidup anda lebih gembira dan ceria dari hari ke hari, adakah ianya pelaburan yang berbaloi?

Sekiranya jawapan anda adalah YA, hubungi kami pada hari ini atau datang ke kedai T-Project oleh kerana kami ingin membantu anda merealisasikan impian anda hidupkan hobi Tamiya!

All Rights Reserved T-Project | Copyright 2018 © T-Project.com