Mengenai Saya
Website yang baik bukan sekadar cantik. Ia membina keyakinan.
Saya Adam Jamaludin, pengasas AJ Digital. Saya membantu usahawan, syarikat dan organisasi membina website yang kemas, mudah digunakan dan meyakinkan pelanggan.
Perjalanan
Dari minat terhadap teknologi kepada kerjaya membina pengalaman digital.
Minat saya terhadap pembinaan laman web, blog, perniagaan dan pemasaran digital bermula sejak tahun 2009. Pada awalnya, setiap website dibina untuk mengembangkan perniagaan sendiri.
Saya mendapat pendidikan di Fakulti Perubatan, University of Alexandria, Mesir. Namun selepas kembali ke Malaysia, minat yang mendalam terhadap teknologi membawa kepada penubuhan AJ Digital pada tahun 2018.
Pengalaman mengurus website sendiri mengajar saya bahawa reka bentuk yang tersusun, kandungan yang mudah difahami dan sistem e-dagang yang lancar mampu memudahkan pembelian serta membantu sesebuah perniagaan berkembang.
“Saya melihat website sebagai titik pertemuan antara keyakinan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan.”
Pengalaman
Pengalaman sebenar membina untuk keperluan sebenar.
Website Perniagaan
Untuk syarikat, organisasi dan usahawan yang mahu hadir secara profesional serta lebih mudah ditemui pelanggan.
Website Produk
Pengalaman membina halaman bagi pelbagai kategori produk dengan susunan yang jelas dan fokus kepada tindakan pelanggan.
Sistem Web Custom
Daripada e-dagang, forum dan marketplace hingga sistem pemasaran berangkaian mengikut keperluan projek.
Cara Saya Bekerja
Setiap website perlu ada tujuan yang jelas.
Saya menggabungkan strategi, reka bentuk dan pembangunan supaya hasil akhir bukan sahaja kelihatan profesional, tetapi mudah digunakan dan menyokong matlamat perniagaan.
- 01
Fahami objektif
Kenal pasti khalayak, tawaran dan tindakan utama yang perlu berlaku.
- 02
Susun pengalaman
Bina aliran kandungan yang mudah difahami dan memberi keyakinan.
- 03
Laksanakan dengan teliti
Pastikan paparan kemas, responsif dan berfungsi baik pada setiap peranti.
Mulakan Perbincangan
Ada projek website yang nak dibincangkan?
Kongsikan sedikit maklumat anda dan jenis servis yang diperlukan. Selepas menghantar borang, anda akan dibawa terus ke WhatsApp untuk menghubungi saya.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera. Saya Adam Jamaludin, pengasas kepada AJ Digital. Pertama-tama sekali, saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana anda telah sampai ke website Adam Jamaludin.com
Tertubuhnya AJ Digital adalah pada tahun 2018. Tetapi kemahiran membina perniagaan , membina laman web, blog dan kemahiran pemasaran digital telah bermula sejak tahun 2009 lagi.
Saya mendapat pendidikan tertinggi di University of Alexandria di Mesir di Fakulti Perubatan. Kembali semula ke Malaysia, minat dan ghairah kepada teknologi tertubuhnya AJ Digital.
Sepanjang penglibatan saya di dalam dunia Internet, saya tidak terlibat secara langsung membina laman web untuk klien, tetapi lebih kepada pembinaan web untuk perniagaan sendiri.
Perniagaan berkembang dengan pesat dengan adanya laman web. Laman web yang dibina kemas, mudah dibaca, desain yang cantik menarik hati pelawat. Pembelian juga turut dimudahkan dengan Ecommerce sistem yang telah dibina.
Setelah hasilkan jualan 6 Angka, saya telah tergerak untuk memberikan servis pembinaan laman web kepada usahawan lain.
Sejak dari itu pelbagai jenis laman web telah dibina seperti laman web produk seperti produk kesihatan, produk kecantikan, produk ubat kuat dan banyak lagi.
Tidak terlupa juga laman web Syarikat. Laman web ini adalah lambang perniagaan gah di Internet. Bila pelanggan mencari anda di Google, laman web anda muncul bersama logo dan servis anda. Ianya satu impak dan titik kepercayaan tinggi kepada pelawat. Anda wujud di mata mereka.
Tidak lupa juga pada web lain seperti web Forum , web Marketplace seperti Lazada/Shopee , web Multi Level Marketing.
Dalam masa singkat ini, saya telah hasilkan lebih dari 200 buah laman web.
Kesimpulan.
Tiada laman web yang tidak boleh saya bina. Kepakaran saya selama bertahun ini membina laman web untuk korporat, usahawan dan syarikat baik dalam negara mahupun luar negara menambahkan pengalaman dan kemahiran sedia ada.
Jika anda punyai tugasan khas untuk saya bina laman web untuk anda, jangan ragu-ragu, hubungi saya hari ini. Saya akan bantu anda realisasikan impian anda untuk bina laman web untuk tingkatkan jualan, keuntungan dan margin anda.
Isi Borang ini dan Klik Hantar Ke Whatsapp
