Assalamualaikum wbt , salam sejahtera. Saya Adam Jamaludin, pengasas kepada AJ Digital. Pertama-tama sekali, saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana anda telah sampai ke website Adam Jamaludin.com

Tertubuhnya AJ Digital adalah pada tahun 2018. Tetapi kemahiran membina perniagaan , membina laman web, blog dan kemahiran pemasaran digital telah bermula sejak tahun 2009 lagi.

Saya mendapat pendidikan tertinggi di University of Alexandria di Mesir di Fakulti Perubatan.  Kembali semula ke Malaysia, minat dan ghairah kepada teknologi tertubuhnya AJ Digital.

 

Sepanjang penglibatan saya di dalam dunia Internet, saya tidak terlibat secara langsung membina laman web untuk klien, tetapi lebih kepada pembinaan web untuk perniagaan sendiri. 

Perniagaan berkembang dengan pesat dengan adanya laman web. Laman web yang dibina kemas, mudah dibaca, desain yang cantik menarik hati pelawat. Pembelian juga turut dimudahkan dengan Ecommerce sistem yang telah dibina.

Setelah hasilkan jualan 6 Angka, saya telah tergerak untuk memberikan servis pembinaan laman web kepada usahawan lain.

Sejak dari itu pelbagai jenis laman web telah dibina seperti laman web produk seperti produk kesihatan, produk kecantikan, produk ubat kuat dan banyak lagi.

Tidak terlupa juga laman web Syarikat. Laman web ini adalah lambang perniagaan gah di Internet. Bila pelanggan mencari anda di Google, laman web anda muncul bersama logo dan servis anda. Ianya satu impak dan titik kepercayaan tinggi kepada pelawat. Anda wujud di mata mereka.

Tidak lupa juga pada web lain seperti web Forum , web Marketplace seperti Lazada/Shopee , web Multi Level Marketing.

Dalam masa singkat ini, saya telah hasilkan lebih dari 200 buah laman web. 

Kesimpulan.
Tiada laman web yang tidak boleh saya bina. Kepakaran saya selama bertahun ini membina laman web untuk korporat, usahawan dan syarikat baik dalam negara mahupun luar negara menambahkan pengalaman dan kemahiran sedia ada.

Jika anda punyai tugasan khas untuk saya bina laman web untuk anda, jangan ragu-ragu, hubungi saya hari ini. Saya akan bantu anda realisasikan impian anda untuk bina laman web untuk tingkatkan jualan, keuntungan dan margin anda.

Isi Borang ini dan Klik Hantar Ke Whatsapp

Shopping Cart
×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?