Dapatkan salespage yang direka khas untuk memaksimumkan jualan dan menarik perhatian pelanggan anda. Dengan rekaan yang responsif, tersusun, dan fokus kepada pengalaman pengguna, salespage anda akan menjadi alat pemasaran yang berkuasa. 

Saya faham betapa pentingnya untuk menyampaikan mesej yang tepat, menjelaskan kelebihan produk atau perkhidmatan anda, dan mendorong tindakan segera daripada pengunjung. 

Salespage yang efektif dapat membantu anda meningkatkan kadar penukaran (conversion rate) dengan mempersembahkan tawaran produk anda secara jelas dan menarik perhatian pelanggan untuk segera membeli atau mendaftar.

Sama ada anda menjalankan kempen pemasaran tertentu atau ingin melancarkan produk baru, saya sedia membantu anda membina salespage yang profesional, menarik, dan dioptimumkan untuk mencapai matlamat perniagaan anda.

Berikut adalah panduan terperinci untuk anda yang ingin mendapatkan servis bina website bersama saya. Saya akan memastikan setiap langkah jelas dan mudah difahami untuk memastikan pengalaman anda lancar. 😊

Langkah Pertama

Isi Borang Maklumat

Anda akan dibawa ke borang maklumat pelanggan. Borang ini akan meminta beberapa butiran asas untuk saya memahami keperluan anda. Selepas Isi Boleh Terus Klik Hantar ke Whatsapp.

ISI MAKLUMAT DI BAWAH UNTUK MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA

Langkah Kedua

Konsultasi Percuma (Melalui Panggilan atau Zoom)

Selepas borang dihantar, saya akan menghubungi anda untuk menjadualkan sesi konsultasi percuma(jika perlu).

Dalam sesi ini, kita akan berbincang dengan lebih lanjut tentang:

Matlamat website anda (untuk branding, jualan, atau informasi).
Ciri-ciri utama yang diperlukan (borang pendaftaran, sistem pembayaran, integrasi WhatsApp, dll.).
Warna dan tema yang sesuai dengan jenama anda.
Contoh kandungan seperti teks, gambar, atau video yang akan dimasukkan.
Timeline (jangka masa siap).
Sebarang pertanyaan tambahan yang anda ada.

Langkah Ketiga

Proses Rekabentuk & Pembangunan

Untuk membina website anda, saya memerlukan bahan berikut:

Logo Syarikat (format PNG atau AI).
Teks atau Kandungan: Maklumat tentang produk, perkhidmatan, dan profil syarikat.
Gambar: Gambar produk atau perkhidmatan. Saya juga boleh menyediakan perkhidmatan fotografi jika diperlukan.
Maklumat Domain: Jika anda sudah mempunyai domain atau ingin saya uruskan pembelian.
Reka Bentuk Pilihan: Nyatakan jika ada contoh laman web lain yang menjadi inspirasi anda.

Langkah Keempat

Penyerahan Bahan & Kandungan

Selepas pembayaran deposit, saya akan memulakan proses pembinaan website anda:
Wireframe & Mockup: Rekabentuk awal akan dihantar untuk semakan. Ulasan Rekabentuk: Anda boleh memberikan maklum balas jika ada perubahan. Pembangunan Website: Saya akan bina laman web anda mengikut spesifikasi yang dipersetujui. Pengujian (Testing): Saya akan memastikan laman web berfungsi dengan baik di desktop, tablet, dan telefon bimbit.

Langkah Kelima

Penyiaran Laman Web (Go Live!) & Support

Setelah anda berpuas hati, laman web anda akan disiarkan secara rasmi. Saya akan memberikan panduan penggunaan asas laman web dan maklumat login untuk anda menguruskan laman tersebut.

Anda tidak akan dibiarkan bersendirian! Saya juaga ada menyediakan:
Pakej Penyelenggaraan (pilihan tambahan) untuk memastikan laman web anda sentiasa dikemas kini dan bebas daripada masalah teknikal.
Bantuan teknikal jika anda menghadapi sebarang masalah selepas laman web disiarkan. Perkhidmatan tambahan seperti SEO atau pengiklanan digital untuk membawa trafik ke laman web anda.

Dipilih & Dipercayai Lebih dari 8 Tahun+

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?