Kena Game Lagi , Kali Ni 2800 Hilang
Beberapa hari lepas, ada seorang bakal klien datang mesej ak.
Nada dia penuh kecewa dan curiga. Katanya, dia baru sahaja “kena game” dengan seorang web developer.
Web dah siap, katanya. Tapi bila dia buka, kosong.
Website yang dijanjikan sebagai ecommerce, langsung tiada fungsi ecommerce. Tiada sistem add to cart. Tiada produk. Tiada payment gateway.
Lebih parah, dia sendiri tak ada akses admin. Bila tanya developer, senyap. Bila minta password, senyap. Bila nak ubah apa-apa, kena palau.
” sorry encik saya tak sihat , kena buatan orang, jin dsb “
klien dah give up bila dengar alasan mcm ni.
Bayangkan. Website berharga lebih mahal daripada harga servis ak , tapi akhirnya tak boleh digunakan langsung.
Situasi ini bukan kes terpencil.
Banyak pemilik bisnes tertipu hanya kerana mereka sangka harga mahal bermaksud kualiti bagus. Tapi hakikatnya, tanpa pengalaman dan struktur kerja yang teliti, harga mahal hanya tinggal angka.
Kenapa Ramai Klien Pilih Servis Oppa
Orang pilih Adam Jamaludin Web Designer dari Senawang @ Seremban 2, ni ada sebab. Aku dapat load ton of order web setiap bulan.
Bila seseorang datang nak buat website dengan aku, aku tak terus janji bulan dan bintang. Aku akan tanya dulu apa bisnes dia, siapa target pelanggan, berapa jenis produk, nak jual dalam Malaysia atau luar negara, dan apa harapan dia terhadap website tu.
Dari situ, aku akan rancang satu web yang betul betul sesuai dengan tujuan bisnes dia. Kalau dia nak website ecommerce, aku akan siapkan satu laman yang memang boleh jual. Bukan sekadar cantik tapi tak berfungsi. Website akan lengkap dengan sistem shopping cart, checkout, login pelanggan, borang dan bahagian pengurusan produk.
Web Klien Bayar, 100% Milik Dia. Aku Hanya Pengamanah, Ditugaskan Bina Web
Paling penting, setiap klien akan dapat akses penuh admin. Ini bukan website aku. Ini milik dia. Jadi dia berhak ada kuasa penuh untuk ubah, tambah atau padam apa apa saja. Aku takkan pernah simpan akses atau sorokkan apa apa. Aku bukan jenis buat bisnes macam tu.
Aku juga akan bantu sampai payment gateway berjalan lancar. Aku pernah siapkan Toyyibpay, Billplz, Stripe dan Paypal, ikut apa yang paling sesuai. Aku akan ajar step by step, ada juga video panduan kalau perlu. Aku nak pastikan bila website siap, dia boleh terus guna. Terus jual.
Dan bila dah siap, aku tak terus hilang. Aku akan guide klien kalau ada apa apa masalah atau perlukan tunjuk ajar nak kemas kini sendiri. Sebab bagi aku, nilai sesuatu servis itu bukan setakat siap tapi sejauh mana ia menyelesaikan masalah dan memudahkan hidup klien.
Harga web Ecommerce bermula RM 2980, berbaloi sangat untuk mana-mana bisnes
Aku tak sekadar buat web cantik. Aku susun flow yang betul untuk bantu conversion. Aku tambah fungsi seperti sistem notifikasi cart abandon, integrasi WhatsApp terus dari halaman produk, sistem shipping fleksibel ikut kawasan, invoice automatik dan pelbagai lagi modul tambahan yang dulunya tak termasuk.
Design pun aku dah perkemaskan. Bukan template biasa. Aku pilih warna dan susun konten ikut psikologi pembeli. Dan selepas siap, klien boleh dapat bantuan selama 14 hari tanpa caj tambahan untuk sebarang minor update atau bantuan teknikal.
Jujur aku cakap, aku dah tak kejar projek banyak. Aku lebih pilih untuk fokus satu satu projek supaya aku boleh bagi perhatian penuh. Aku nak pastikan setiap klien aku puas hati dan boleh bangga dengan web yang mereka miliki.
Jadi kalau anda , khususnya future klien tengah fikir nak buat website ecommerce, aku harap kisah ini jadi pengajaran. Jangan sampai terkena macam klien yang aku ceritakan tadi. Cari web designer, web developer yang bukan sahaja tahu buat tapi faham apa yang anda perlukan dan sedia bantu sampai habis.
Aku mungkin bukan yang paling murah tapi aku usahakan supaya setiap sen yang dibayar berbaloi dan mendatangkan hasil.





