3 Tips untuk Tingkatkan Rentak Perniagaan

[hana-code-insert name=’header footer’ /]

3 Bulan lepas, rentak perniagaan saya goyah di mana pendapatan harian saya amatlah rendah sehinggakan barangan di rumah terpaksa di jual untuk teruskan kehidupan. Tapi untuk mengubah keadaan ini saya telah mengambil beberapa langkah yang pada hari ini, bukan sahaja rentak perniagaan saya berubah, bahkan matlamat, rentak kehidupan turut berubah.

3 Perkara ini saya buat yang buatkan rentak perniagaan saya berubah. Jika perkongsian ini bermanfaat, kongsikan nanti dengan klik butang share di bawah ya.

1.Kaizen Satu Percen

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG PADA DIRI MEREKA ” QS 13:11

tahun ini pada tahun 2018, rentak perniagaan saya pada awal tahun tidak pada momentum yang kuat. Kayuhan perlahan. Mentor saya Irfan Khairi berikan tips iaitu lakukan perubahan secara kecil tapi perlahan-lahan ( kaizen )

Sebelum ini , saya lakukan pemasaran pada satu-satu medium hanya 1 kali sehari atau 3 kali seminggu. Namun saya tukar kekerapan itu kepada 1 kali seminggu kepada 2 kali seminggu pada minggu seterusnya dan minggu seterusnya 3 kali seminggu.

Jika anda tanya saya pada hari ini, berapa kerapkah saya lakukan pemasaran untuk kuatkan rentak perniagaan saya, jawapannya, saya telah pun konsisten seminggu 28 kali lakukan pemasaran! 

2. Ultra Focus

macam mana nak jadi ultra fokus ya? salah satu tips ialah buat perancangan to-do-list a night before. Boleh klik di sini untuk baca artikel saya sebelum ini. Untuk fokus ni, ada formula yang boleh dipraktis dari perkataan F.O.K.U.S itu sendiri.

Related image

F – Fikir Satu ( siapkan kerja yang khusus itu sahaja, elakkan multi tasking )

O – Optimum Time ( pilih waktu yang sesuai untuk siapkan kerja itu, jika saya , saya pilih waktu pagi selepas subuh. Minda segar, Badan Segar , rezeki pun luas ketika itu! )

K  – Kemaskan Tempat Kerja ( elakkan berselerak di kawasan tempat kerja, nanti kepala pun berserabut, susah nak fokus, susah nak fikir, rezeki pun tak masuk tempat kotor bersepah )

U – Usah berlengah ( buat secepat yang boleh, letakkan masa bila kerja itu nak siap, jika saya ada task yang perlu saya buat dalam masa 3 jam, saya akan setkan nak habis dalam masa 2 jam, dan selalunya 1 jam dah siap! Make it fast! )

S – Segera ( buat cepat, jangan bertangguh )

Fokus ini menjimatkan masa saya, memberi saya lebih banyak masa untuk saya lakukan perkara lain yang dapat meningkatkan rentak perniagaan saya maju ke hadapan.

 

3. Bantu Usahawan Lain 

Dalam webinar 24 Tabiat Jutawan 24 Jam oleh Irfan Khairi yang beliau sampaikan di Aman, Jordan, tabiat yang ke 24 ini beliau ada kongsikan, salah satu tabiat yang akan buatkan hidup kita dan  rentak perniagaan kita berkembang maju ialah berikan bantuan.

jika anda follow saya di facebook, tentu anda perasan di mana saya kongsikan jadual masa saya juga iaitu

8 Jam bekerja memberi servis

5 Jam untuk kembangkan perniagaan

5 jam untuk membantu Usahawan

6 Jam waktu peribadi seperti makan, rehat , tidur

dalam perniagaan, tidak semestinya kita selalu perlu win. Adakala kita perlu bantu perniagaan usahawan lain dahulu, bina hubungan relationship bersama mereka, berikan nilai tambah dalam perniagaan mereka, dalam kata lain

” berikan mereka win dahulu, kita akan win kemudian ”

win-win situation. Ini saya lakukan. Dan alhamdulillah rentak perniagaan saya menjadi lebih baik dari hari ke hari. Saya bukan sahaja dapat kenalan baharu, bahkan saya juga peroleh kepercayaan langsung dari mereka. Bukankah itu lebih baik?

 

jika hari ini anda dapati rentak perniagaan anda tidak berada on the right track, boleh cuba praktiskan tips rentak perniagaan yang saya kongsikan ini. Moga beri manfaat!

[hana-code-insert name=’header footer’ /]

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?