Aku Seorang Website Designer

ingat tak masa sekolah dulu ada kena buat penulisan ” Aku Sebatang Pensil “hari ni aku nak tulis ” Aku Seorang Web Designer “

Aku seorang website designer. Aku tidak dilahirkan di kilang, aku juga tidak dilahir kan dari Universiti terkemuka negara , tapi aku dilahirkan dari coretan pengalaman dan campuran minat dan kesungguhan.Aku seorang website designer. Setiap hari aku membuka komputer ribaku sesudah selesai solat subuh. Aku duduk di kerusi, bekerja bertemankan kertas dan pen untuk menulis idea. Ada idea baik , aku coretkan di kertas, ada rompong dalam karyaku , aku ambil pengalaman tidak ulangi lagi.

Aku seorang website designer, tanpa gagal aku bina website setiap hari dan deliver setiap hari kepada pelanggan yang berminat untuk dapatkan sentuhan karya aku. Pelanggan-pelanggan ku mengenali aku kerana namaku. Pelangganku kenali aku dari bualan mulut orang. Pelanggan ku kenal aku kerna karya ku menarik mata dan hati mereka.

Aku seorang website designer. Aku pakar dalam membina laman web. Namun aku juga banyak kekurangan. Aku tidak mahir bidang lain seperti pemasaran, chatbot, automation dan lain-lain. Aku terima kekurangan itu namun aku teruskan fokus dan asah lagi bakat bina web aku ini dari hari ke hari. Aku seorang website designer, aku menerima pelbagai jenis tempahan website. Ada yang menempah web untuk lariskan jualan, ada yang menempah web untuk megahkan syarikat mereka di alam maya. Ada juga menempah web untuk bina kedai online pelbagai produk di web. Pelanggan aku bermacam-macam dan bermacam-macam juga aku belajar dari mereka.

Aku seorang website designer, aku dilahirkan di bumi bertuah, Negeri Sembilan. Kebanyakkan karya aku, aku sumbangkan kembali kepada tanah tumpah darah. Pelanggan aku juga ramai dari negeri ku, dan ramai juga dari seluruh negara Malaysia tercinta.

Aku seorang website designer, pagi petang siang malam aku habiskan 14 jam hidup aku setiap hari bekerja menghadap komputer riba membina web. Aku tidak bosan bahkan aku semakin ghairah dan tekun bila mula membuat web. Jika aku penat, aku teruskan hasil karya video mengajar web di saluran Youtube dan Tiktok.

Aku seorang website designer, aku juga bapa kepada 3 orang anak dan punyai teman hidup setia di samping. Penat lelah aku bina website, pasangan ku temani di sisi, hausku diberikan kopi, laparku diberikan nasi. Aku tidak kosong di dalam kerana hidupku dipenuhi keriangan dan gembira ketawa anak-anak.

Aku website designer.
Aku website designer.
Aku website designer.

total 380 patah perkataan. hahahahahahaboleh lah lulus utk UPSR, PMR dan SPM .almost 900 dan 100 lagi untuk SATU RIBU WEBSITE.hahahhaha.

nak buat promo web lah macam ni.

hahahaha.sekian coretan cerpen ” Aku Seorang Website Designer “

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?