Berbaloi ke Tukar Profesion Dari Doktor Ke Website Designer?

Alhamdulillah hari ini hari raya haji. Kalau diikutkan, 2 bulan lepas raya Aidilfitri tak dapat nak sambut sebab ada Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dan waktu ini juga aku tengah “gila” aka depression.

selamat hari raya putera puteri abi.alhamdulillah gembira di hari raya.

Dikirim oleh Adam Jamaludin pada Kamis, 30 Juli 2020
gambar raya pertama , Raya Haji 31 Julai 2020

Beribu-ribu kesyukuran, bila dah sihat ni semua benda goes back to square one. Kerja dah boleh buat. Dah boleh jumpa anak isteri semula.

Dan hari ini juga adalah tamatnya Promo Website 5 Jam Siap. Promo yang ramai web developer/web designer akan cakap , ini promo buang harga. Aku ada reason aku tersendiri di sebalik promo ni. Haha.

Bukan for the sake of duit , tapi ada benda lain yang aku nak restore semula. Apa tu?

As you guys can see, previous post aku ada bagi tahu, aku UNABLE TO DO ANY JOB ( bukan tiada job, ada ) dari Mac sampai lah Jun. Itu satu tempoh masa yang agak lama. Dan dalam tempoh ini juga aku gagal deliver 2 website.

Salah satu website aku refund semula, satu lagi website Founder Produk masih nak teruskan web. Mujur dia berlembut hati nak teruskan projek walaupun aku offer nak refund.  One day aku akan postkan pasal kegagalan 2 web ni dan cara aku manage keluar dari masalah ni. InshaAllah

1 Julai 2020
aku telah fully functional. First thing first, benda aku buat adalah aku bukak website aku sendiri iaitu website AdamJamaludin.com . Masa ni aku perasan , ada beberapa contact dalam web ( database ) yang nak buat web, maka aku follow up.

list database terkumpul. Hot Audience dari Website.

Good thing, mereka adalah Hot Audien. Selepas follow up, mostly 4/5 berjaya close. Tapi something is wrong.

Really wrong.

Bila aku start nak buat web, aku perasan, so many features dalam WordPress dah berubah. Dalam tempoh 4 bulan ni, macam-macam dah tak sama. Itu lain, ini lain. Analytic lain, page builder lain. Dan benda yang aku tulis mengenai SEO pun dah lain.

Bahasa mudah nak jelas paham, algo lain ( hahahahaha )

Time ni aku terhenti kejap.
Dan ini bukan problem besar, teknikal isu boleh diatasi, baca changelog sahaja dah boleh tahu. Tapi bigger issue is

“ AKU NI BOLEH BUAT WEB LAGI KE TAK????? “

Time ni aku cuak. Sebab 4 bulan tak buat web. Bila nak buat web ni bukan drag drop sahaja. Itu gamers main Minecraft pun boleh buat. Tapi bila nak letakkan input professionalism dalam satu design tu, aku jadi kekok

  • Warna apa yang sesuai
  • Block apa yang patut letak
  • Column dan section ini patut ada apa?
  • Website tema Harmoni macam mana?

Jadi waktu ni aku terfikir idea. Why not aku buat website simple dulu. Aku buat website jenis landing page dulu.

Tapi nak buat website landing page ni tak ramai orang nak sebab 1 page jer, dan costy. Maka tertubuh nya idea website 5 jam siap.

Maka aku pun design sebaik boleh Landing Page pertama aku sendiri, aku buatkan Landing Page Website 5 Jam Siap.

Macam biasa, hasil design kreatif seorang designer sentiasa CUN di mata mereka, hahaha, tapi belum tentu pada mata orang lain.

Customer pertama yang dapatkan servis ini adalah regular customer dari MARA. Maka “praktis” aku bermula.

Waktu tu banyak benda aku kena sabar.
Sebab bayangkan aku nak gain balik benda yang hilang. Macam orang amnesia. Ingat-ingat lupa.

Bila aku deliver web pertama tu, memang kena ulang design dalam 7-8 kali!
Pasrah , kecewa? Tak pun sebab aku tahu nak jadi better. Aku nak regain balik status “Super Saiya Ultra Instinct “ tu balik.

bila dah on super saiyan mode, semua kerja jadi mudah, cepat, kemas, lawa dan menarik.

Selepas web siap, aku dapat lagi tempahan.
Web pertama ni aku ambil masa dalam  seminggu siap.

Kemudian datang tempahan kedua, ketiga dan seterusnya.
waktu ini aku kemaskan lagi flow dan funnel.

By time , aku rujuk semula buku-buku nota aku yang lepas dan ikuti nasihat mentor aku Irfan Khairi. He’s the best teacher yang aku pernah ada untuk Digital part ni.

Dari Seminggu buat web, jadi 5 hari, jadi 3 hari kemudian jadi sehari.
Design aku jadi makin kemas. Dan web yang aku hasilkan jadi lebih menarik dan cantik.

macam mana aku tahu aku dah buat better?
tengok feedback customer. First customer of the month aku dapat complain banyak gila tentang itu dan ini. Dan jauh beza pula dengan customer aku yang ke Sembilan sepuluh ke atas. Semua puji melangit ( kembang hidung brooo hahahaha )

Aku tahu aku boleh buat.
Website Design ni macam matematik. Kalau tak selesaikan masalah itu dengan kerap / lazim, memang susah nak tackle soalan-soalan seterusnya dengan cepat.

Jadi apakah achievent aku dalam 31 Hari dalam bulan Julai ni? Normal month bagi seorang Developer/Designer, mereka terima job dalam 3-4 web sebulan, banyak2 pun 6-7 web. Guess what, aku buat dalam 22 web bulan ni.  Alhamdulillah dan…. Hahahahahaahaha aku memang push limit aku.

Semua web ni web 5 jam ker? Tak lah, ada jugak web lain yang normal price. Korang mesti nak tahu kan berapa aku caj untuk servis web ni?

well here goes the price

  • Web Promo 5 JAM SIAP = RM 580
  • Landing Page Biasa Tanpa Ecomm = RM 880
  • Landing Page Biasa Bersama Ecomm = RM 1280
  • Company Website = RM 1880
  • Basic Ecommerce Website ( less than 20 products ) = Rm 2580
  • Full Ecommerce Website ( less than 20 products ) = RM 3580
  • Booking / Rental Website ( website ala-ala Trivago ) = RM 3880-4580
  • WebApp PWA Web ( including Playstore APK SDK File )= RM 6-12k
  • Custom Website = Bermula dari 6k ke atas.

Harga di atas adalah harga sebut sahaja, dan korang jangan ikut bulat-bulat apa yang aku tulis sebab itu anggaran, boleh jadi lebih lagi, tapi mostly akan kurang sebab jenis aku, aku tak overcaj future klien aku.

Step aku nak letakkan harga, aku akan dengar dulu apa yang dia nak
1. Fungsi apa  yang dia nak dalam web
2. Contoh web apa yang dia berkenan
3. Berapa banyak produk dia nak letak
4. Ada fungsi custom tak dia nak ( kat sini selalunya rumit sikit tapi manageable )

aku bagi contoh real case.

Case 1.
Seorang founder wanita ni buat produk baby. Dia buat produk yang simple. Dan dia nak fungsi sekian sekian dan sekian. Aku hadam. Maka aku bagi pakej.

Dia go through pakej tu dan dia belum ready nak ambil pakej tu. Jadi aku pergi pada fasa seterusnya, iaitu offer pakej yg bersesuaian dengan produk dia. Kebetulan dia jual single produk. Maka aku tawarkan website 5 Jam siap yang kebetulan memang tengah promo. Maka dia ambil terus promo tu.  

Tak sukar kan nak close? Maybe harga murah kot… apa-apa pun Alhamdulillah Allah swt lembutkan hati.

Next  case

Case 2

Seorang pekedai ni dari Kawasan bandaraya. Dia nak  revamp web dia, bukan revamp tapi buat website baru. Dia nak tukar web dia yang sebelum ni buat kat StoreHub, dia nak aku binakan baru.

maka bila aku tengok web dia, ada lebih 200++ produk. Gulp!
tak termasuk Variation & Attributes lagi.

dan aku baca semua requirement dia lagi dan lagi. Maka dari situ aku quote kan harga permulaan dari RM 6580.

Selepas 5 hari meeting dsb, mereka setuju dan ingin kan lagi tambahan fungsi. Deal itu Berjaya close pada hampir 10k

jadi harga itu adalah fleksibel sesuai dengan apa yang mereka nak.

Jika anda yang baca ni rasa skeptik , fikir kan ya

“ macam mana nak untung 100 ribu sebulan kalau tak nak keluar kos separuh dari keuntungan “

dia antara dua.
Do It yourself , try and error for months, and spend at least 2 years of training

Atau

Hire an Ex Doctor , Professional Website Developer & Designer dari Senawang, nama dia Adam Jamaludin. Hahahahahaha


Jadi title kat atas ni adalah berbaloi ke tukar profesion dari Doktor Ke Website Designer?

Jawapan dia adalah

Aku tukar profesion bukan sebab duit, tapi lebih pada MINAT mendalam pada teknologi dan IT

dari umur kecil memang aku suka dengan computer. Dari Zaman MiRC ada sampai lah terhapus semua tu. Hahah

Bila sambung belajar buat medik, aku takder apa-apa masalah dalam study aku, Cuma aku suka lagi berniaga. Dan sekali lagi , aku gunakan platform internet untuk niaga.

Bila balik Malaysia, aku decide nak letgo Medic. Aku takder passion dalam medik, aku ada passion dalam IT. Aku cari mentor dan sambung belajar. Dan ini lah keputusan yang aku tak pernah kesal.

So macam mana income aku sebagai Freelance Website Designer/Developer?

start guna Waveapp ni awal tahun, dan fully utilize bulan Julai.

Ini gross sale aku bulan ini, dan doakan aku dapat suksess lagi pada bulan seterusnya. Aim for 50k ke 100k per month.

yes, just do it! all da best!

Who am I?
Im Adam Jamaludin, Tukang Buat Web Dari Senawang.
Website Designer Senawang, Negeri Sembilan

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?