Salah seorang future klien saya pinta untuk buatkan SEO ranking untuk keywords yang ada carian sehingga 8600 carian sebulan.

Jawapan saya, boleh sahaja. Whats the problem.

Bila saya bukak tools assistant untuk buat research targeted keyword, data keluar

KEYWORD DIFFICULTY

bila tengok keyword difficulty ini adalah point pemberian harga kepada KLIEN dan juga salah satu point untuk buatkan ETA. Takkan nak kata kat klien, hari ni setup, esok terus ranking.

Kalau boleh buat mcm tu, spam sahaja lah keyword tu 😆😆

Dia tak jadi macam tu. Rangka rangka keyword ni nak kena setup satu persatu dari dalam website ( On Page ) sehinggalah ke luar ( Offpage ).

Dalam kata lain, mcm jual rumah. Kena ada rumah yang ready dan kena ada flyers untuk hantar ke luar utk tarik audience ke rumah tadi.

Faham atau Clear?

PESAING.

Ini adalah keypoint yang selalu menjadi fokus utama klien.

En Adam , kalau boleh saya nak kalahkan website ni.

En Adam, kalau boleh saya nak keyword ni atas dari web ni

En Adam, saya nak itu , saya nak ini, saya nak pesaing jatuh posisi ke bawah 😈😈

Biasa sangat dengar request ni. Tak salah pon request benda mcm tu sebab ini persaingan, dan ianya SIHAT!

Kena spy juga pesaing ni. Antara benda yang saya akan cari pada mereka ialah

1. DOMAIN AUTHORITY

2. WEB CONTENT SIZE

3. INTERNAL LINK SITEMAP

4. TOTAL BACKLINKS

5. DOMAIN AGE

Since 2012, google telah aktifkan Google Panda dan Google Penguin untuk pastikan tiada Cheat berlaku dan nak pastikan juga User di google dapat maklumat yang betul atas carian mereka.

Dengan kenal pasti pesaing , senang nak copy-paste methode mereka bahkan improvise lagi method mereka. Pastikan SEO teknik kita lagi power.

Kalau kita dah tahu goalkeeper tu akan selalu ke arah kanan, sepak je lah bola tu ke kiri. Menang!

Kalau artikel mereka 1000 words, buatlah 3000 words. Kalau backlink dia 100, buatlah 3000!

Senang ke Kacang?

CAJ TO KLIEN

Many keywords yang saya buat ada kos tertentu ( CPC, PPC ) pada nilai advertising. Dalam kata lain, once SEO dah menang, Google Ads tu dah boleh slowly off atau target ke other places such as Network Client kepada Google.

Ada keywords yang boleh rank harganya boleh cecah sehingga rm 3 ke Rm 5 per klik. Lets say seperti contoh keyword ” gaming chair ” yang ada minima carian 1000 per day. Kalau anda buat paid Ads, mahu cepat kredit ads anda habis!

Tapi by SEO , anda dah tak perlu risau bout daily atau monthly bajet. Dah boleh save 5 ke 7 ribu sebulan, buat apa nak bazir.

Dan dari situ saya clearly letakkan harga. Nak save ribu2, takkan nak bayar sepuluh dua puluh ringgit. Tak berbaloi. Spytool saya sahaja nak kena bayar 800 sebulan 😰😰

Last Strategy.

Google Ads / Banner Ads.

Ni adalah stand terbaik beriklan. Nak ranking cepat dalam masa 10 min pun boleh, tak susah. Google suka anda bagi duit pada mereka. Dalam segmen Google Ads tu pun memang banyak direka untuk kita spend tanpa sebab. Digital Agency mostly tahu apa yang perlu dan apa yang xperlu buat supaya klien mereka tak lost money.

Nak berjalan ke depan, Google saja letakkan banyak lopak lopak air supaya kita tersadung. Tapi bagi yang dah biasa atau FOKUS tahu, mereka elak supaya tak langgar tempat tu.

Skill ni applicable juga pada facebook ads yg leceh tu 🤭

Jadi mudah tak nak SEO ni.
Mudah. Sangat mudah.

Langkah pertama
1. Duduk depan pc seminima 6 jam
2. Baca data penuh lagi 6 jam
3. Strategist dan execute plan dalam 3 jam
4. Tunggu keberhasilan dalam 2 minggu ke 3 bulan

Atau

Langkah kedua
1. Hire saya.
2. Goyang kaki
3. Continue berbisnes seperti biasa ,hasilkan puluhan ribu setiap hari.

Atau

Langkah 3
Save post ni dan share. Mana tahu anda perlukan dan nak buat ni lepas raya haji ni.

Good Luck!
Selamat Hari Raya AidilAdha

Adam Jamaludin
Digital Nerds

Website Promosi Merdeka

Adam Jamaludin

Beliau adalah Profesional Website Designer. Membantu Usahawan dalam dan luar negara untuk membina perniagaan dan jenama melalui laman web. Tiada website yang tidak dibina melainkan datang bersama hasil iaitu membantu meningkatkan kredibiliti dan jualan kepada Usahawan.

Adam digelar Master Mind dalam Mereka Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *