Cara Buat Website Cepat Sepantas 2 Jam – Bukan Guna Template Tapi Buat Dari Scratch

Pada Awal Bulan ini aku telah dirisik oleh salah sebuah Kolej Kemahiran Malaysia. Bukan sebuah tapi 3 buah. Dalam kata lain, Pengarah kepada 3 buah Kolej ini datang ke Senawang untuk bertemu jumpa sua.

Beliau minta untuk binakan Laman Web untuk kolej-kolej ini.
Kolej ini adalah Kolej Kemahiran yang terdiri daripada 3 Kursus Utama bagi setiap kolej.

Kolej A = Kursus Kulinari (ย  Makanan )
Kolej B = Kolej Pengisian Plastik
Kolej C = Kolej Mekatronik

Maka selepas beri harga dan quotation, initial payment pun diberi untuk permulaan kerja.

Ini adalah step by step apabila aku mula lakukan kerja pembinaan web.

Bila SOP ini adalah perkara rutin, buat web ini dari bulan boleh jadi minggu, minggu boleh jadi hari, hari boleh jadi jam. Kerana itu aku boleh hasilkan web lengkap sepantas 2 jam. Sebab SOP ini. Apakahย  SOP yang aku praktiskan?

Sebelum mula bina apa-apa web, aku akan pastikan 3 perkara ini lengkap diberi.

  1. Maklumat Klien.
    Maklumat Klien ini aku minta bukan untuk simpanan peribadi tetapi lebih khusus kepada apa-apa pendafataran. Seperti contoh pendaftaran payment gateway.

Maklumat Klien yang aku akan minta adalah

  1. Nama Pemilik Perniagaan
    2. Nama Syarikat
    3. Sijil SSM ( tak kisah samada warna atau hitam putih, scan atau tangkap by phone )
    4. No Telefon
    5. Email

Mostly 5 ini mudah klien nak pass. Dan dekat sini boleh tahu samada Lead yang datang itu berkualiti atau tak. Kalau mereka ready to give this detail, maka itu adalah Hot Audience, kalau minta tapi tak respon, faham-faham sahajalah. Haha

  1. Maklumat produk / Servis
    part ni crucial. Aku amat tekankan sebab kat sini amat penting untuk aku bina web. Nak faham apa dia punya produk dan servis. Kalau kita tak paham apa fungsi produk itu dan apa masalah yang produk tu boleh selesaikan, kat sini boleh delay bukan sejam dua, berhari-hari pun boleh!

So ini adalah maklumat yang aku akan minta

  1. Copywriting produk.
    jika Klien ada copywriting produk, saya akan baca dan hadam. Boleh aku katakan, 8/10 klien aku tiada copywriting melebihi 100 patah perkataan. Copywriting yang baik dan puas hati yang boleh bagi customer faham produk mestilah kurang-kurang 300 patah. Wahahaha

Jadi mostly mereka bagi yang jenis copy paste kat whatsapp. Which im okay with it. Asalkan point sampai, ok saja.

Bagi klien yang tiada copywriting , dia ada benda lain yang dia kena bagi iaitu..

  1. Maklumat Produk
    maklumat produk ni pulak ada 2 3 part sahaja.
    – Manfaat Produk
    – Kelebihan Produk
    – Kandungan Produk

Kelebihan aku bila berhadapan dengan Founder Produk , aku mudah paham ingredient. Sebab aku ex doctor kan, belajar jauh-jauh sampai Kat Alexandria Uni Facculti of Medicine Medical & Surgery 6 tahun , tapi jadi Website Designer, wakaka.

gambar 12 tahun lepas… Dr. Adam dalam kenangan.

Jadi bila tahu fungsi produk, ingredient produk, dah tahu mudah macam mana nak attack copywriting.

  1. Gambar / Video / Media Berkaitan
    to be honest, aku jarang gila buat graphic design untuk Customer. Mostly yang menjual produk ni dah ada poster, dah ada gambar siap design. Maka aku minta Gambar-gambar yang dah SIAP design pass.

โ€œ eh senang kerja kau, tak yah design โ€œ

Sapa kata senang, haha. Gambar klien bagi of course besar gedabak file dia. Kat sini peranan aku. Aku akan kecilkan saiz gambar tu tanpa kurangkan quality dia. Mostly aku guna webapp macam tinypng. Kemudian aku akan compress lagi sampai saiz gambar dariย  MB turun jadi KB.

laman web tinypng

Apa tujuan kecikkan gambar ni?

Klien takkan beri 3 4 gambar, dia akan bulk send 40 ke 50 gambar. Lagi-lagi gambar testimoni screenshot whatsapp. Haha. Jadi bila gambar banyak, saiz page akan jadi besar, so kalau tak kecikkan saiz fail gambar tu, nanti web loading lembab. As usual , bila web lembab loading customer pun cabut.

  1. Testimoni / Review
    part ini part paling aku suka minta. Dan part ini jugak buat aku lemah. Nanti aku cerita sebab dia. Mostly testimoni tak jadi masalah sebab mostly yang buat produk sekali lagi dah ada testimoni atau review dari Fb Page mereka.

    Jadi lemahnya, aku tak kuat. Kalau dia Founder produk kuat, aku tengok testimoni malam jumaat, mahu terasa nak beli jugak sebab nak perform mcm testimoni tu, haha. Tu belum lagi produk hot macam produk kurus. Turun 10 kg dalam 1 minggu. Badan aku yang dah nak macam Majin Buu ni, confirm rasa nak beli.

    Ada produk kanak-kanak, pun aku tak terlepas, rasa nak bagi kat anak-anak aku pulak. Hahaha. Nampak kan?
  2. Offer / Promotion
    Selalunya part ni tak ramai Klien bagi. Dan yang bagi selalunya aku Nampak website diorang convert dengan cemerlang. Orang beli 1 barang tapi dapat 1 tu jer, rasa tak best. Tapi kalau dia beli, dia boleh dapat Freegift A, pastu boleh buat COD, lagi dia dapat free ebook, free itu , free ini. Offer cant resist ni buat ramai pelawat jadi pembeli.
  3. Pakej Harga
    ini common lah. Dah buat website berjela-jela info pastu tiada harga, dia suruh tekan whatsapp, memang haru lah. Hahaha. Jadi harga ni kena ada. Lagi bagus ada RRP dan Sale Price.

    So detail customer dah ada, detail produk dah ada. Aku terus design ke? Takโ€ฆ aku tak buat macam tu. Sebab kalau buat macam tu , nanti tengah-tengah design akan jadi blur, what next step tak tahu nak buat apa.

Jadi aku akan buat

WIREFRAME.
wireframe ni nak mudah faham dia adalah lukisan pelan. Nak buat pakai paint pun boleh, nak conteng kat buku pun boleh. Tapi aku guna webapp .

Wireframe.cc

aku akan melukis kat sini dalam 5-10 minit

Jadi bila dah ada copywriting, maklumat produk, gambar dah siap dicampur lagi dah tahu susunan dia macam mana.

Design sajalah seperti yang diatur.

Ini antara contoh yang aku buat wireframe.

Copywriting dalam note sahaja.

Tools khas untuk editing boleh pakai macam-macam. Dari Adobe XD, Paint.net, Canva , Powerpoint pun ada . haha.


Kalau ikutkan kali pertama nak buat web untuk landing page ni, mahu berhari-hari jugaklah nak siap. Tapi sekarang dah ada SOP tersendiri. Dah ada konsistensi sendiri, dah ada kelajuan. Jadi dari hari jadi jam. Dari jumlah jam yang Panjang jadi 5 jam.

Rekod pernah siap cepat 2 jam. Termasuk setup ecommerce , payment gateway dsb. Hahaha.

Tapi ingat. Buat siap cepat-cepat pastikan ada kualiti. Bila aku buat Website 5 Jam ni, ak risau satu perkara ja. Adakah Klien aku gembira dengan Website tu. Suka tak dia dengan design tu, dengan tema tu, dengan copywriting tu. So far dalam minggu ni ngan minggu lepas , aku tak ingat berapa banyak web aku deliver, hampir semua thumbs up. Berpuas hati.

Jadi ada point extra aku nak share ngan korang camner nak buat Story untuk landing page. Sebab kebiasaan akan ada customer yang jenis straight. Bagi produk dengan fakta, macam mana korang nak twist jadi story?

Aku ada satu buku rujukan dari Donald Miller bertajuk Building a Story Brand . Niche dia pasal copywriting website. Dalam buku ni dia cerita nak buat story menarik , kena ada 7 elemen ni.

Dan aku praktiskan ni kat salah satu website aku. Convert beb. Web tu dah SEO optimized, trafik harian memang maintain 100 ke 200 orang .

7 Elemen tu ialah

โ€œ HERO yang ada MASALAH yang jumpa GUIDE yang bagi dia PILIHAN , kalau dia IKUT guide tadi, dia akan Berjaya, kalau dia TOLAK guide tu dia akan maintain bermasalah โ€œ

Hero di sini ialah Target Audience korang. Korang mesti tahu pada siapa korang nak jual. Macam buat fb ads, korang mesti tahu siapa CUSTOMER AVATAR korang. Orang muda ke ,tua ke, kerja apa, gaji berapa yada yada yada.

Masalah di sini adalah pain point. Huraikan apa masalah yang dia hadapi. Kalau jual ubat kurus, masalah adalah mereka yang boroi atau obese, yang ada banyak masalah dari berat badan dsb.

GUIDE di sini adalah PRODUK KORANG dan branding korang. Produk atau servis korang ini yang akan bagi penyelesaian

PILIHAN โ€“ Pilihan ni berupa macam pakej. Aku lupa huraian dia macam mana ( hahaaha )

IKUT โ€“ Customer ni kalau ambil produk ni , apa mereka akan dapat. Kurang berat badan ke, jadi kulit lebih cerah.

Tolak โ€“ Apa kesan yang dia dapat kalau dia tak nak ambil produk. Repeat semula point masalah tadi. Tak perlu takut2 kan tapi remind semula.

Jadi bila produk yang penuh fakta pun boleh twist jadi satu plot story yang menarik. Pelawat kalau masuk ke web tapi tak faham apa produk korang lagi-lagi jenis yang buat web tapi letak fakta macam

– Khasiat Tongkat Ali
– Khasiat Gingo Biloba
dan macam-macam lagi


sumpah orang tak tahu nak hadam. Yang diorang tahu yang mudah contoh macam Makan Ni jadi kurus, Minum ni jadi cantik. Pakai ni jadi anggun.

Jadi Nampak kan flow dia camner nak buat website cepat , berkualiti dan menarik. Kat bawah ni aku list kan beberapa web yang aku buat dua tiga hari ni.

Dan banyak lagi lah. Haha. Website 5 jam ni aku tak caj mahal macam standard harga web biasa aku buat. Biasa harga mula untuk buat web Ecommerce, aku caj bermula dari RM 2500 โ€“ 3500 , dan harga lengkap Ecommerce sehingga 7k ke 9k.



tapi aku found out lepas PKP ni , ramai jaga kewangan masing-masing especially founder produk baru. Landing page website yang aku biasa buat aku caj 1580 tapi untuk Promo Website 5 Jam siap ni aku beri harga special RM 580 sahaja.

Kualiti dia? Tanya pada yang dah siap, ada yang siap hari yang sama, malam tu terus pump ads. Esok terus buat sales.

Bagi aku, korang yang meniaga mesti nak untung. Rasa dulu air tangan aku buat web landing page, nanti dah ready nak buat web yang lebih proper dan siap sistem agen , affiliate dsb, waktu tu ambil lah pakej yang high end dari aku. Sales kompem boleh lonjak jauh lagi. wakakakaa.

Ok dah stop. Banyak pula monetize kat situ.

Moga perkongsian ni bermanfaat.
tak semua orang nak share blueprint atau flow work mereka. Aku share bukan sebab aku punya flow mantap. Ramai lagi sifu-sifu kat luar ada result yang much better dari aku ( aku ni cap ayam jer ๐Ÿ˜› ), tapi aku share sebab aku nak kongsi experience aku. Maybe ada yang boleh tiru dan serasi, lantas boleh buat terus

Kan kan kan?

Sekian.

Adam Jamaludin
tukang buat web dari Senawang

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

2 thoughts on “Cara Buat Website Cepat Sepantas 2 Jam – Bukan Guna Template Tapi Buat Dari Scratch”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?