UPDATE KES MR ANON SEMALAM.. (boleh klik di sini untuk lihat apa kes tu)
sharing a few moment.
semalam jumaat, punyalah banyak task nak siapkan, maka sistem yang aku siapkan untuk en Anon semalam ni tak berjaya. Apa sistem ni?
Ini adalah sistem affiliate. Dan tambahan untuk sistem ini , beliau mahukan Tiered Level System dan Multi Level Agen.
All doable.
Bila dah implement dalam web dia, semua ok sampailah bila nak buat test order link affiliate, link affiliate tak trigger.
Pembelian dari Customer A datang dari Affiliate A tak trigger. Pulak dah.
Bila link tak betul, semua tak jadi. Ini adalah struktur sistem affiliate, pembelian customer hanya melalui link.
Fundamental untuk Affiliate System are the links!
Maka lepas godek-godek, maybe setting silap, masih tak ok.
Maka ini adalah Tindakan aggresif aku.
1. aku buat duplicate web ini kepada new site iaitu affiliate.XX. com . aku delete semua plugin dan theme dan reinstall semula kemudian aku aktifkan sistem.
cubaan gagal. Sistem affiliate masih tak aktif
aku figure maybe duplicate semua content adalah sama, setting pun sama, maka aku ambil langkah kedua, cara lain
2. aku buat website baru dari HOSTING yang sama.
kali ini bukan duplicate, fresh web. Fresh dashboard, fresh plugin, fresh theme.
aku install satu persatu sistem. Dan utk last sekali. aku masukkan sistem affiliate.
selepas test sistem , ianya gagal
aku rasa ini bukanĀ masalah web, ini directly dari setting hosting. maka aku tinggalkan hosting yang
mr Anon guna dan gunakan hosting aku sendiri.
3. aku buat web baru, install semua baru dan test sistem ini di web aku.
semua nya berfungsi dengan baik. Sistem integration Berjaya!
sistem ecomm boleh integrate dengan baik dengan sistem affiliate
di hosting Mr Anon guna sekarang, sistem ecom dan sistem affiliate tak boleh connect. Kena tanya hosting samada mereka ada disable certain function spt itu. PHP level dsb, wallahualam.
Nak go deeper lagi untuk selesaikan?
Ada satu tiga solusi aku tawarkan pada Mr Anon ini
#Pertama
1. Issue Tiket pada hosting dia sendiri dan tanya kenapa dua sistem ini tak boleh integrate satu sama lain
2. Dah setel, call me back, dan aku akan setup semula.
#Kedua
1. Beli hosting baru, buat web baru.
2. aku akan bantu setup kan sistem ini semula.
#Ketiga ( recommended )
1. Backup content web lama, migrate dan restore ke hosting baru
2. Test dan setel.
Quite lega bila dapat selesaikan masalah ni, tapi kat bahagian klien , dia tak selesai lagi. Penting sebenarnya sebelum buat web , pilih hosting yang osem dan mantap. Hosting yang klien beli ni bagus , well-known hosting , mb pakej dia ambil low spec.
Dan ofcourse, masalah ni sebenarnya boleh avoid dari awal bila buat servis bina web tu dengan AJ Digital.
Kami punyai pengalaman yang cukup mendalam dalam membina laman web dan sistem untuk bisnes anda.
Its good to learn and build web from scratch. Anda juga perlu ada kesabaran dan luangkan masa sepenuhnya dari 4 minggu ke 2 bulan untuk siapkan web.
Jimatkan masa anda. Ambil servis kami. Mudah kan? haha
Ok.
Solution diterima, en Anon tadi pilih untuk migrate ke hosting baru di Cunhost.
All da best.
Kami di sini komited untuk bantu.
Anda dapat belajar sesuatu dari perkongsian ini?
To All developers and designers, ada problem , tackle dan selesaikan. Masalah adalah makanan harian kita. Dapat selesaikan masalah, next time appear lagi, tak rumit dan tak makan masa nak selesaikan.
Adam Oppa,
Senawang, Negeri Sembilan
Pem Bina Laman Web
AJ Digital
4 thoughts on “HOW WE HANDLE PROBLEM IN WEBSITE”
ilmu yang padu dan amat berguna bagi web developer beginner terutamanya
Terima kasih atas perkongsian macam ni
sama-sama, moga sukses dan berjaya lagi cemerlang pada masa depan
Boleh fix kan website saya?
Urgent..
We need to talk. 0163608378
Tq
boleh hubungi kami terus , kami gembira utk membantu.