Pengalaman Aku Website Designer dari Senawang Ketika PKP

Seronok ke PKP ni bila jadi? Ianya satu pengalaman yang mengerikan bagi diri aku seorang yang selalu berhadapan dengan PC. Bukan press conference ya, tapi PC computer.

This is short story ( kalau tak melalut, tak Panjang ) . Akhir bulan Februari Ketika mula cuti sekolah , waktu tu , aku dan Family baru pulang bercuti dari Cameroon Highland. Satu percutian yang sangat best, dan waktu tu Virus Corona ni tak berapa nak ada sangat. Ada tapi tak alert.

cuti-cuti di Cameroon sebelum Lockdown

Bermula bulan Mac, cuti sekolah bermula, aku hantar Isteri dan anak-anak pulang ke kampung, dan bila aku pulang ke hometown aku di Senawang, aku tak dapat nak jumpa mereka. Lockdown dah bermula.

Seminggu pertama, aku masih aktif dalam lakukan kerja-kerja bina web, development dan sebagainya.
selepas 3 minggu masuk April,  aku terkesan dengan Lockdown ini. Depression melanda.

Jauh dari anak dan isteri.
Stress sangat.
Duduk dalam rumah tak boleh keluar.
Nak jumpa kawan-kawan tak boleh. Nak minum kedai jumpa orang semua tak dapat.
Rasa isolation. Bukan. Ianya Desolation.

aku rindu amat kat anak-anak aku masa ni

Waktu ni, pagi petang malam tiada beza.
Aku tak dapat nak berfikir dengan waras.
Waktu ni aku ada dua Job web yang dalam progress, dan dua-dua job web ini aku gagal deliver.

Last aku pegang mouse dan pc untuk buat kerja pada awal April. Dan everytime bukak PC jadi cemas dan blank. Panic attack dan rasa blank. Tahu-tahu dah Ramadhan.

KK Ampangan. Dapatkan rawatan.
Dapatkan Nasihat dan Kaunseling. Really Helpful!

Aku cuba dapatkan rawatan di klinik berhampiran, dan terapi sedikit sebanyak untuk pulihkan keadaan.
Lockdown bukan suatu yang mudah. Bagi yang kerja dapat jumpa orang, bagi aku korang bertuah.

Many thanks pada family yang support.
Keadaan bertambah baik bila isteri dan anak Kembali ke pangkuan.

Covid19 bukanlah pengalaman yang mudah bagi aku seorang Website Designer, tetapi ianya telah berikan aku pengajaran.

Pengajaran

  1. Sebagai manusia, kena ada interaksi sosial. HIdup sendiri bahaya. Negatif though dan inner stress mudah terbina. Bila ada seseorang/teman/pasangan yang boleh dengar dan bantu, ianya solusi terbaik.
  2. Admit bila kita ada masalah. Bila saya mula dapatkan terapi , first thing yang diucapkan oleh kaunseling adalah kena mengaku yang kita ada masalah. Dari situ baru tahu jalan apa yang sesuai untuk selesaikan masalah itu.
  3. Fokus pada solusi bukan masalah. Waktu PKP ini bila tak dapat nak commit pada Job, secara langsung income turun dengan drastik. Walaupun ada kelonggaran dari sewa rumah/ api air , tetapi ianya sementara. Hidup mesti diteruskan.Pesan mentor aku, fokus pada solusi. Solusi adalah Kembali sihat sedia ada. Bersungguh-sungguh aku rentas negeri nak bawak balik isteri anak. Allah swt izinkan, lepas balik! Ajaib dengan puluhan roadblock, dapat pun balik.

Kepada klien yang aku tak reply, customer yang mesej whatsapp call semua bagai, ketahuilah aku tak stabil waktu tu. Ambil job nanti aku tak deliver pening kat korang pula. Sekarang aku dah mula start developing website semula berserta side-side job. Berderet jugak lah. Alhamdulillah.

Bagi anda yang nak hire Professional Website Designer untuk produk/servis anda , marilah hubungi Adam Jamaludin. Im 100%  Competent dan Efficient.

klik kat sini : https://adamjamaludin.com/servis/website/landing-page/

P/S : aku berkira jugak nak kongsi pengalaman hitam dan tak berapa ni kat website blog ni, takut-takut customer/future customer hilang trust. Tapi rezeki tu Allah swt yang bagi. Dan niat aku share ni supaya siapa-siapa yang ada masalah sama macam aku ni, ketahuilah korang boleh bangkit semula. Moga perkongsian ni ada manfaat.

Adam Jamaludin
Back To Design

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

2 thoughts on “Pengalaman Aku Website Designer dari Senawang Ketika PKP”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?