Semalam 20 hb Februari baru ambil gaji dari syarikat.
Gaji Januari baru ambil semalam. Tapi gaji staf AJ semua on time 1 hb dah dapat.
Dari AJ Digital, aku aim untuk grow kan company ini lagi dan lagi. Bagi sampai cukup complete sistem , cukup dengan sales dan marketingnya, akaun, people, HR dan sebagainya, baru selesa nak Take Profit dari Company.
Dalam 20 hari ni , macam mana aku survive?
To be honest
Side Income aku tidak pernah gagal SETIAP hari.
Take Note.
Pada yang nak buat side income, teruskan bacaan, post ni mungkin Panjang sikit. Worth reading, spend time 3-5 minit.
Side income ni adalah pendapatan sampingan, pendapatan tambahan.
Lets say, aku gajikan diri aku sebulan 5k, aku nak lebih lagi, maka takkan nak cedok duit company, betul? Thatās illegal , kalau nak hijack dan buat company akaun sakit, ambil lah duit company selalu. Hahahaha.
Maka sort it out.
pendapatan sampingan aku sendiri melebihi gaji aku setiap bulan. Syukur alhamdulillah. Apa yang aku buat? Servis apa yang aku beri selain buat website? Produk apa yang aku jual ? How how and how?
First thing first.
1. apa sebab nak cari income tambahan ni?
– aku cari income tambahan sebab aku ada aim.
– aku nak beli kete,
– aku nak selesai hutang piutang aku.
– aku nak bagi mak aku duit lebih setiap bulan.
– aku nak bagi duit lebih lagi kat wife aku setiap bulan.
dan most important, aku nak ada lebih banyak masa ngan anak-anak aku waktu diorang masih kecil lagi ni.
Kat atas ni mentor aku panggil as BIG WHY.
korang nak income lebih, tapi tak tahu sebab apa. Nanti tiba-tiba dalam akaun 10k, 50k dan 100k, confirm hari sama habis jugak. Sebab tak sedia nak ada duit macam tu.
Letakkan apa big why korang. Then baru plan to action.
Second. Goal Setting
Aku set aku nak sekurangnya 10,000 sebulan, max to 20k sebulan income tambahan. Which aku dah Berjaya buat 6 bulan berturut-turut.
Bila dah tahu goal setting, let say 10 ribu sebulan. Sebulan ada 30 hari sekurang-kurang nya kecuali bulan ni , Februari 28 hari. 10k bahagi ngan 30 , aku kena cari sekurang-kurang 350 sehari.
Adakah Rm 350 sehari sukar?
jawapannya mudah, senang. Practicallly doable.
ini tips dari aku, kalau korang terdetik kat hati dan sebut di mulut,
ā.. Mustahil, susah, tak boleh buat ni ā¦ā
āā¦ takder cara mudah nak buat duitā¦ ā
ā ā¦ susah nak buat duit .. .ā
maka jangan lah buat. Stop terus. Korang takkan dapat apa yang korang nak. Benda tak start dah cakap tak boleh, ibarat macam emas seketul jatuh dari langit, orang negative akan cakap
ā betul ke emas ni? ā
ā mustahil lah ini emas ā
ā takkan la emas jatuh dari langit ā
In the end orang macam ni, kat takuk macam tu saja.
Jangan letakkan diri korang kat tempat negative dan orang negative. Join lah circle aku. Aku positif wei ( hahaha perasan ).
sambung semula.
RM 300-RM 350 sehari macam mana doable? Aku ada buat servis dan jual produk. Ada yang korang perasan , servis tu ada saja kat laman web adamjamaludin.com ni.
Servis ni tanpa gagal provide kan pada aku sekurang-kurangnya rm 30 ke rm 150 setiap hari.
Nota Tambahan : korang nak buat apa-apa servis, jangan tiru aku, tapi tanya diri korang, apa yang korang mahir, berikan itu as servis korang. Pandai buat Editing Gambar, poster? Berikan servis tu.
Servis-servis untuk side income aku ni jenis straightforward dan MURAH. RM 10 pun ada. Mostly customer ni datang tahu-tahu dah bank in saja. Kerja dari aku, aku deliver less than 1 min, dan siap.
Ini contoh lah aku bagi REAL SERVICE YANG KORANG boleh buat, yang aku pernah buat dulu.
1. Servis buat resume.
Simple amat servis ni. Tapi jangan pandang rendah okay. Aku buat servis bina resume kerja ni sahaja boleh dapat rm 30 ā RM 180 sehari.
Servis : Bina Resume Kerja
Harga : Rm 20-30
Aim Harian/Mingguan : Rm 30 ā RM 200
Durasi Siap : 5 minit
Wow siap 5 minit? Iya siap minit saja. Bukan susah pun, senang giler buat. Dah kerja senang, tapi hasil outcome tu pon lawa. Kat bawah ni aku bagi contoh resume yang aku pernah buat untuk orang.
Sekarang , senang atau senang nak buat RM 30 sehari?
ambil masa lama tak? 5 minit untuk rm 30? Kalau ada 5 job pun, setengah jam untuk RM 150. Doable dan mudah ,kan?
Setel.
2. Jual Produk
aku bukan founder produk, dan aku juga bukan agen mana-mana produk. Kelebihan aku , aku dulu belajar medic dan ada kefahaman tentang pharmacology dan physiology. Dalam kata lain, kalau aku masuk Farmasi, aku tahu ubat apa dan apa sesuai untuk sembuhkan satu-satu sakit.
Jadi aku buat website, aku upkan produk ni. Best thing is, produk tu semua benda dah ada.
KKM dah ada.
MAL dah ada.
NOT dah ada.
Bahkan branded lagi tu. Maka aku ambil produk tu dan aku pasarkan.
Mudah.
Buat website, buat SEO, buat backlink, buat marketing. Boom. Customer datang setiap hari.
Beli tu rezeki, dan kat sini aku dapat tambah lagi income aku
Produk : Kesihatan
Untung : RM 20-30
Aim Harian/Mingguan : RM 30-150
Method : Dapat Order di Web, order di Farmasi dan Postkan.
Ok setel.
ada lagi tiga empat lima enam servis lagi aku ada buat. Servis itu berkaitan dengan kemahiran aku sebagai developer web. Contoh seperti
1. Check problem
2. Solve problem
3. Buat sistem
4. Beri Consultation
dan lain-lain dimana setiap servis ni aku caj pada customer aku bermula RM 380 ke RM 480 per servis.
Customer aku , aku tahu mereka kat mana. Sebab aku tahu aku buat servis apa, dan kat mana mereka ada.
kalau korang Nampak Iklan aku, maksudnya korang ada probability jadi customer aku. Tapi kalau korang tak pernah Nampak iklan aku, bukannya marketing aku tak kuat, Cuma korang bukan target aku. Faham?
So Lets sum Up
1 servis boleh bagi RM 30 ā 150 sehari
2 Servis boleh bagi RM 60-300 sehari.
3 servis/produk boleh bagi RM 100 ā 400 sehari.
4 5 6 servis boleh tak bagi sampai 1000 sehari?
Iya boleh.
jangan kata tak boleh. Kau kata tak boleh, kau doa kat diri kau sendiri yang KAU TAK BOLEH!
Buang NO, accept YES only.
So purata pendapatan tambahan dari servis-servis ni boleh dapat sebulan dari RM 3,000 ke RM 20,000 sebulan.
So sekarang, korang dah ada idea?
Ambil pen ngan buku. Ikut tips aku nak bagi ni. Kalau tak tulis, kau takkan buat. Bila kau tak buat, kau takkan dapat. Maka 5 minit kau baca blog ni, dapat input kosong saja nanti. Haha. Rugi.
1. Cari Servis yang kau boleh beri pada orang berdasarkan kemahiran yang kau mahir
Contoh kau mahir buat Fb ads, buat google ads atau mahir buat poster iklan. Spend masa dalam 30 minit ke satu jam. Cuba buat satu template step by step EBook dalam 30 ms ke 50ms.
Jual produk Ebook tu dalam RM 20-30.
Murah pun murah. Orang senang nak beli. Tak perlu nak ke pejabat pos nak hantar bagai.
Aim minimum saja 1 jualan sehari
Bagi yang buat poster tadi, boleh saja buat poster ready siap. Tunggu pembeli letakkan logo mereka kat poster saja. Dalam kata lain poster template.
Contoh : 10 Poster RM 20, bagi terus contoh Poster siap watermark.
Mereka beli, dapat Zip File. Terus boleh guna. Senang.
Kalau nak lebih lagi dari Rm 20, buat lah combo. 50 poster RM 50.
Doable , kan?
Morning post boleh , celebration poster boleh. Ni Ramadhan nak dekat, poster Ramadhan punya template pun boleh buat.
Ramai founder produk , business owner nak siap cepat. Tawarkan servis ini,
Ingat, ini untuk side income, nak hari-hari ada order. Bukan sebulan sekali. Harga bagi reasonable dan affordable supaya everyday orang rasa senang hati nak beli/dapatkan servis/produk kita.
2. Servis/Produk Mestilah Deliverd under 10 minit.
Kau nak buat side income, jangan sampai kacau waktu kerja korang. Kalau ada job baru masuk, servis baru masuk. Pastikan ianya deliverable dalam tempoh singkat.
Kau jual Ebook, poster, servis atau apa-apa pun pastikan ianya boleh siap cepat.
Kenapa?
Letakkan nilai pada masa sejam.
Contoh untuk servis harga RM 30, berbaloi tak ko nak spend masa sampai 1 jam ke 3 jam? Kalau aku, aku takkan buat servis macam ni. Buang masa dan dan menggangu masa kerja asal.
Kita nak cari SIDE INCOME / Pendapatan Tambahan bukan nak cari kerja baru.
dan untuk servis simple, jangan overpromise.
Contoh seperti
– Servis ni datang dengan support 1 bulan.
– Servis ini support 24 jam.
Donāt crack your head with overpromise. Straight to the point dengan customer. Mereka lebih faham bila dah dijelaskan dari awal.
contoh
Template poster ni ada 30 poster. Kami tak sediakan servis untuk editing. Boleh edit sendiri selepas dapatkan.
Once resume dah siap, tiada penukaran lagi. Sila berikan maklumat tepat sebelum hantar kepada kami.
Mudah kan?
nyatakan awal-awal. Customer ni kalau dah clear, kalau silap pun, diorang takkan frust sebab diorang tahu dah mention earlier.
Mudah. Sangat senang.
3. Jangan Jual Mahal.
bila nak buat side income harian, pastikan produk/servis yang nak diberi adalah affordable. Mahal ini subjektif. Tetapi measure definisi mahal tu dulu.
RM 30-100 untuk kategori servis masih dikira MURAH.
RM 100 ke RM 300 untuk premium servis masih dikira Affordable
Sekali lagi aku ambil contoh resume.
contoh template 1 contoh template 2 contoh template 3
Aku caj customer aku RM 20 untuk resume. Aku tak bagi 1 resume, aku bagi 3 template design berbeza. Siap dalam masa 5 minit. Dalam kata lain 1 resume RM 5.5 sahaja.
Affordable ! berbanding upah graphic designer professional yang mungkin mereka boleh dicaj RM 300 per Resume!
Kalau kau rasa harga servis itu mahal, berikan nilai lebih/tambahan seperti
i- Kuantiti produk dalam tu. Jangan bagi 10 poster dalam 1 service, bagi 20 , bagi 30. Kat situ pon customer cant resist the offer.
ii- Berikan tempoh support yang bersesuaian. 1-3 hari, 3-5 hari.
Saranan aku, letakkan harga bersesuaian. Aku ada satu servis kat website ni, yang SEORANG customer dah repeat order mahu 6-8 kali. Sebab affordable. Bukan setiap hari pon dia order, tapi KPI harian aku lepas dah. Aku nak 300 saja sehari. Customer lain, mereka order sahaja sebab harga itu mesra.
4. Tolong buat website.
kalau ko buat servis tapi kau halakan ke whatsapp untuk reply, ko buang masa semula.
Whatsapp ni jadikan medium untuk confirmation dan support sahaja.
Customer whatsapp untuk berikan resit
Customer whatsapp untuk tanya method pembayaran
Customer whatsapp nak dapatkan servis lebih lagi.
Whatsapp ni bukan tujuan untuk kita kopipes info produk/servis. Ini bagi website yang buat. Info produk/servis, tulis siap-siap kat website. Terma syarat semua tulis kat situ. Mudah, kan?
Tak tahu buat website?
join groub fb aku ni >> Kelas Bina Laman Web Bersama Oppa Adam Jamaludin <<
banyak tips bina web aku kongsi kat situ. Lebih tu ikut pada action masing-masing.
siapa nak bagi kita 100 ringgit, 1000 ringgit atau 10 ribu ringgit sebulan?
TIADA!
kena lah usaha, workhard dan work it in SMARTER way.
Aku buat , aku dah pun dapat.
Aku share moga korang dapat idea macam mana nak tambah lagi pendapatan tambahan.
aku malu bila balik rumah tangan kosong.
Sedangkan anak-anak aku hadiahkan aku senyuman gembira mereka setiap hari pada aku. Yang aku perlu buat , sebagai bapa , ketua keluarga adalah berikan kehidupan, masa depan yang lebih baik untuk mereka.
tidak mengapa untuk menangis kerana penat. Menangis lah puas-puas. Selesai nangis, lap air mata dan teruskan buat kerja. Duduk depan PC, ambil pensil dan kertas, sort it out.
Kalau penat, rehat lah, baring lah. Bangun bertenaga sambung buat kerja.
Tidak hina pon workhard. Kita nak sediakan lauk atas meja. Kita nak sediakan rumah kediaman selesa untuk anak isteri kita.
Ini bigwhy aku.
Family Come First.
Mujahid , Aisyah , Tuah
Adam Jamaludin
Founder AJ Digital
Senawang, Negeri Sembilan
9 thoughts on “Step by Step buat Simpanan 10k Sebulan”
Terbaik Tuan!
Alhamdulillah š
Padu tuan
Moga dapat praktiskan
Terbaik AJ. Terima kasih atas perkongsian.
alhamdulillah, moga bermanfaat.
Alhamdulillah terima kasih tuan atas perkongsian
sama-sama, moga dapat inspirasi
Pernah buat servis resume. Paling tinggi dapat RM500 sebulan. Huhu