Tips Maju Dalam Marketing

tips maju dalam marketing

TIPS MAJU DALAM MARKETING

Anda telah cuba berbagai-bagai cara untuk buat marketing dan at the end of the day, result yang anda kecapi tidak memberangsangkan? Rasa tidak berbaloi masa yang habiskan? Ambil tips maju dalam marketing ini

Teruskan MemBaca Perkara Tentang Tips Maju Dalam Marketing & Terus Aplikasikannya

 

Pemasaran dipenuhi dengan tarikan teknologi tinggi, conference yang punyai banyak topik dan juga beberapa selebriti mini yang tampil untuk bercerita akan pemasaran.

Dan walaupun mudah untuk bergaul dalam circle-marketing yang mengikut trend terkini, marketing amatlah penting untuk kelangsungan perniagaan anda. Buku-buku marketing mengenai penulisan akan membantu anda menulis e-mel, posting, content blog yang lebih berkesan. Laporan mengenai data-data mengenai industri perniagaan anda akan membantu meluaskan pandangan anda. Pembacaan dengan konsisten membantu anda punyai mindset yang crystal clear untuk kekalkan momentum anda.

Berikut adalah senarai hanya beberapa perkara yang kebanyakan Usahawan selalu abaikan untuk step forward dalam bidang Marketing :

  • Membaca Laporan Mengenai Industri Mereka
  • Menghantar e-mel untuk belajar daripada pelanggan
  • Menulis pada hujung minggu
  • Belajar mengenai coding
  • Follow Up Pelanggan yang telah Anda Jumpa
  • Belajar Mengenai Analitik
  • Menonton Tutorial Marketing secara Online
  • Mengamati segala-galanya
  • Mengedit video, imej dan audio

Kerja yang membosankan akan menjadi asas kerjaya anda. Jangan berfikir bahawa tugas dan usaha kecil ini tidak penting. Senarai di atas mungkin tidak memberikan kepuasan segera, tetapi ianya akan berikan lebih banyak bakat, kemahiran, pengetahuan dan hasil yang bermakna.

 

Cari 10 Orang Dan Bina Hubungan Yang Serius

tips maju dalam marketing

Jika anda fikir anda boleh membina kerjaya dalam pemasaran tanpa membuat hubungan baru, anda silap. Anda perlu bertemu dengan orang baru, dan hubungan ini akan memberi anda sokongan, nasihat, peluang dan persahabatan yang dapat mengubah hidup anda.

Luangkan masa untuk mengenal pasti 10 orang di dunia pemasaran yang anda percaya dan hormati. Kemudian tingkatkan level anda lagi dan seterusnya berikan mereka nilai dengan berkongsi isi kandungan dari mereka, mengulas artikel mereka, emailkan mereka link dan artikel anda di laman web mereka, dan sebagainya. Giatkan usaha untuk membina hubungan, dan anda akan menuai faedah dan hasil pada minggu-minggu, bulan-bulan, tahun-tahun akan datang.

Utamakan Ilmu dari Hiburan

Anda perlu dua atau tiga kali lebih baik dari tahun sebelumnya

Ini adalah kenyataan.Peluang yang sama tidak akan berkali-kali kepada anda. Kawan ataupun famili anda tidak akan berikan RESULT kepada anda. Anda perlu DOUBLE OR TRIPLE THE WORK  untuk jadi lebih baik daripada rakan-rakan anda.

Ini bermula dengan Ilmu . Dan saya tidak maksudkan mengenai ilmu yang anda dapat dari sekolah. Saya maksudkan ialah tentang ilmu yang relevan sesuai dengan industri anda. Luangkan masa secukupnya atau lebih untuk kuasai industri anda.

Berikut adalah tiga cara untuk memaksimumkan peluang belajar Industri anda:

Dapatkan kandungan Ilmu:

Daripada menonton berjam-jam video lucu di Facebook,  gunakan masa yang dapat bantu tingkatkan perniagaan anda. Dari podcast pemasaran ke blog berkaitan industri anda, terdapat banyak sumber yang dapat anda manfaatkan untuk mengembangkan kemahiran dan bakat anda.

Cari “Manager” yang dapat mendorong anda:

Ambil cabaran. Salah seorang pengurus pertama saya mendorong saya untuk mendapatkan kemahiran dan bakat yang akan membentuk kerjaya saya. Saya ditugaskan untuk lakukan pemasaran yang kritikal, dengan sedikit persediaan, bekerja pada masa yang tidak selari dengan jadual, bila lihat kembali situasi ini memberikan saya ketahanan dan keupayaan untuk tetap tenang di tengah-tengah kekalutan.

Sertai syarikat yang komited untuk Growth anda

di AJ Agency, kami memberikan setiap team kami coaching berkali-kali yang saya percaya penting untuk kejayaan dalam pasukan. Adalah penting untuk mencari syarikat yang ingin melabur untuk perkembangan anda, kerana ini akan menjadi batu loncatan untuk anda move forward dalam karier yang anda ceburi

Walaupun keadaan semua orang berbeza, saya sangat mengesyorkan bahawa dalam beberapa tahun pertama, anda utamakan ILMU. Sekiranya anda bermula cepat dan pantas, anda boleh belajar sepantas dua tahun dimana syarikat yang lebih besar belajar dalam lapan tahun, yang boleh menjadi kelebihan dan titik tambah kepada anda.

Tips Maju Dalam Marketing ini telah diamalkan oleh ramai usahawan dalam dan luar negara. Bak kata guru saya, ” do not reinvent the wheel ” , ikutilah step-step mereka yang telah berjaya, kerana blueprint mereka terbukti berkesan. Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah mengenai perniagaan anda. Boleh kita sama-sama bina hubungan yang serius serta bertukar-tukar pendapat dalam perniagaan

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?