Perlu tak punyai laman web untuk menjalankan perniagaan internet?
Jawapan pendeknya, TIDAK PERLU. Kerana ada juga yang hanya menggunakan Facebook, Instagram dan Whatsapp untuk berniaga tanpa mempunyai laman web.
Namun, jawapan yang lebih panjang dan tepat adalah, laman web adalah SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN untuk perniagaan Internet.
Kenapa Ianya Dipanggil Media Sosial?
Media sosial seperti Facebook & Instagram adalah media untuk bersosial. Tetapi fungsi sesuatu laman web adalah untuk close kan sesuatu sale – membuat jualan.
Dengan mempunyai laman web, sesuatu perniagaan akan dapat membuat lebih banyak jualan jika dibandingkan dengan media sosial sahaja.
Ikuti Mereka Yang Telah Berjaya Seperti Syarikat-Syarikat Besar
Lihat sahaja perniagaan-perniagaan online yang berjaya seperti Lazada, Zalora, 11 street, atau GroupOn, Air Asia, Dominos Pizza, semua perniagaan yang berjaya mempunyai transaksi online mempunyai laman web.
Adakah mereka hanya menjual di Facebook, Instagram dan Whatsapp sahaja? Pastinya tidak.
Dengan mempunyai website, perniagaan anda akan dapat membina kredibiliti, kepercayaan dan jenama. Dan ini akan memudahkan lagi anda membuat jualan di Internet.
Jadi, mungkin ramai tidak nampak, tetapi untuk benar-benar berjaya di Internet dan kembangkan perniagaan untuk jangka panjang, anda perlukan laman web sekarang!