Ada soalan baru-baru ni aku terima dari salah seorang kenalan kat fb, tanya dia
“ Tuan boleh sharing tak tips untuk kekal motivate setiap hari.. kekadang kita akan rasa macam letih berhadapan dengan PC setiap hari.. Jika tuan tak keberatan untuk sharing.. “
Time dapat soalan ni, aku pun rasa bingung jugak sebab ni soalan kritikal. Soalan yang sentiasa berkait dengan satu sifat ni, iaitu SIFAT MALAS. Malas ni bukan boleh kira, adakala kalau datang, satu benda pon tak terjalan.
Maka, aku rujuk balik dengan nota-nota aku yang lepas mengenai motivasi ( haha lucu pulak ada nota motivasi ). Mentor aku ada bagi tahu something mengenai atasi stress dan masalah ni.
Kebetulan hari ni, aku penat macam apa tah. Maybe sebab jadual aku pack sangat. Start hari Isnin lepas, aku bangun sebelum subuh, selalunya 4 pagi, adakala aku tidur awal bangun pukul 1 pagi untuk mulakan hari hari aku.
Hari Isnin worked well.
Hari Selasa cantik.
Hari Rabu , body language aku dah mula lain sikit.
Hari Khamis, mood aku swing.
Hari Jumaat, Allah swt jer tau apa aku rasa, lepas subuh aku follow up semua klien aku, aku terus terbaring sampailah solat Jumaat tadi. Terbaring dua tiga jam, bagi aku wasted kot 3 jam tido waktu pagi.
Jadi mentor aku pesan, bukan malas tu datang tapi time management tu kena arrange semula. Otak tengah fikir laju sangat, kena slow down sikit.
Apa maksud dia?
hari ni 7hb , maksudnya dah 7 hari Ogos berlalu. Dalam 7 hari ni aku dapat 12 tempahan web. Dalam kata lain, setiap hari ada 2 atau 3 tempahan masuk. Dan kali ni bukan seperti web 5 jam siap yang siap hari sama, tapi web yang 3-5 , 5-10, 15-20 pages. Ada yang 7-10 hari siap , ada yang 14-20 hari siap, ada yang sebulan siap.
Payment yang masuk macam mana? Alhamdulillah semua bergerak baik. Aku aim bulan ni nak target 50k ke 100k.
Cuma..
3 hari lepas aku terkesima kejap.
Sedang aku buat kerja , tiba-tiba dapat mesej masuk. Klien mesej aku.
Dia mesej bagi resit dari bank.
Dia bank in untuk tempahan web.
Supposely aku gembira, kan?
ya aku gembira, dan pada masa sama , aku menangis.
Menangis bukan sebab gembira, tapi sebab aku stress kejap
“ ya Allah , banyak nya job bulan ni!!!! “
Keluh macam ni bagus bagi aku, sebab aku keluh pada Sang Pemberi Rezeki. Dia yang bagi aku job, Dia jugak yang akan bantu aku selesaikan job ni.
Aku terkedu. Masa aku sangat tight. Aku buat kiraan jadual balik. Semua job ni ( dalam 12 web ni ) akan delivered siap semua sekali pada 17hb ni.
Dan waktu tu aku plan dalam kepala otak jer. Dan itulah silap paling besar. Dua hari aku fikir dan fikir , last2 jemmmmmmmmmmm. Bila jem , tu rasa MALAS!
To my future clients , if you read this, please notice, saya seorang yang RAJIN dan KOMITED dalam kerja. Wink Wink
Maka berbalik pada pesan mentor aku tadi,
Otak tengah fikir laju sangat, kena slow down sikit.
Maksud dia ialah, dalam fikiran bila kita fikir memang laju. Dan badan tak boleh nak coop dengan apa yang kita fikir. Jadi kena slow sikit berfikir supaya dapat ketenangan. Cara nak slow down terbaik adalah tulis semula SEMUA benda yang nak kena buat tu.
Maka berbekalkan buku nota yang selalu aku bawak jumpa klien time meeting, buku murah jer dalam RM 1.20 RM 1.50 , aku pun tulis LIST TO DO tu.
Aku dah ada LIST TO DO dalam handphone, kemas siap dalam Google Calendar, tapi kalau pegang hp dia tak boleh jadi, tak tahu kenapa.
Maka aku pun list semula SEMUA job aku.
Start dari
1
2
3
4
sampailah
12
Lepas siap tulis setiap web ni, aku titikkan nota kecil sebelah tu, due date dan phasa mana setiap web ni tengah ada.
Lepas tu, aku letakkan no kat sebelah nama-nama web ni
No 1 sampailah 12.
Dalam kata lain, yang 12 tu last priority atau Due date lambat lagi.
korang tau apa jadi lepas aku jot down semua benda ni?
Web 1 dan 2 siap dalam 2 jam. Halamak walauwei, hahahaaha. Syukur alhamdulillah.
Aku siap cepat sebab keserabutan yang ada dalam kepala tadi hilang , semua dan disusun baik dalam buku.
Next aku ada 10 lagi, dan bila duduk baik dan perhati, aku dapat fokus setiap fungsi web ni.
Jadi kat sini, rasa malas tu automatic hilang sebab aku dah tahu apa yang aku perlu buat.
Maka jawapan kepada soalan first sekali tu, macam mana aku termotivasi untuk buat web dengan pantas dan siap on time setiap hari, ialah
1. Get Rid semua masalah yang berkaitan
2. Prioritize mana yang utama
3. Penat tu tak dinafikan ada, manage masa baik-baik. Kalau boleh elakkan tidur lewat, biasakan tidur awal, bangun awal. Kalau tidur lewat, bangun lewat subuh kemana, satu hari akan rasa suwe ( haha , taubat tau kalau tertinggal solat, Allah swt yang bagi kita rezeki <3 )
4. Setiap kali ada job baru masuk atau ada job yang bapak gila susah nak execute, sila berdoa dengan spesifik. Selalu aku doa macam ni
“ ya Allah, aku ada job nak deliver hari ini, bagilah aku Ilham bagilah aku petunjuk, aku perlukan bantuan Mu ya Allah “
“ ya Allah, aku lemah, aku sangat penat hari ni tapi aku ada kerja perlu aku selesaikan, berilah aku tenaga ya Allah “
selalunya bila lepas solat dan doa macam ni, masuk bilik buat kerja jadi segar bugar. Idea tu datang dan kreativiti tu meningkat 300% .
Adakala ak bangun awal pagi pukul 1 pukul 2 termamai gak ( tapi tak tertido , Cuma sengguk2 haha ).
Jadi manage time baik-baik lah ya.
Ni sedikit perkongsian , kenapa aku bangun awal pagi.
1st , aku ada anak tiga orang. Tiga-tiga semua budak-budak lagi. Aku carik duit buat web , cari rezeki bukan untuk kesenangan aku ,tapi untuk kesenangan isteri dan anak-anak aku. Aku buat kerja awal sebab aku nak ada extra masa dengan diorang waktu pagi, nak sarapan sama-sama, dan aku nak ada masa petang sama-sama ngan diorang , boleh pergi taman , boleh round-round naik kereta SETIAP hari.
sebab aku bila anak aku Mujahid umur 6 tahun , aku dah rasa dia dah terlampau cepat membesar. Aku rindu waktu dia baby , umur dia 1, 2 ,3 tahun. Aku tak nak hilang “masa” lagi dengan kesibukan , biar aku korban masa tidur aku sedikit supaya aku dapat bermain dan create happy moments bersama dalam keluarga.
Aku sayang anak-anak aku. Diorang MOTIVASI besar aku untuk terus komited dan bersemangat untuk bekerja.
Mereka ialah BIG WHY aku.
My kids, My Precious
Sekian
Adam Jamaludin
Tukang Buat Web
Website Designer dari Senawang, Seremban Negeri Sembilan.