Umur AJ DIGITAL dah sebulan! Ini perjalanan kami…

Website-Designer-Senawang-Seremban-Negeri-Sembilan-2

 Lagi beberapa hari lagi maka genaplah ofis AJ Digital di Senawang. Tahniah kepada diri aku sendiri sebab nak keluar dari kepompong keselesaan diri sendiri.

website designer senawang seremban negeri sembilan
lokasi AJ Digital depan Kipmall Senawang, atas 99 Kebab

Dari 2017 buat web dari rumah. Dekat rumah ada satu bilik jadikan ofis. Mini ofis saja. Kalau korang nak tahu , laptop pertama aku buat web adalah dari dari laptop Acer tahun 2003. Menggunakan perisian Window XP, slow memang slow lah,  tapi sebab minat dalam IT ni, khususnya bidang kreatif, maka lambat itu belakang cerita.

ni lah dia Acer tahun 2003. Lepas dah capai sales, baru upgrade ke PC custom. Alhamdulillah Allah swt mudahkan.

Nak jadi terbaik , itu lah yang diulang-ulang. Masa belajar perniagaan bermentor Jutawan Internet, Irfan Khairi, antara pesanan utama dia berikan pada aku adalah “ 24 Tabiat Jutawan 24 Jam “ . Ini adalah video.

Video ini aku tukarkan kepada MP3 yang boleh dimainkan terus. Tak Panjang pun hanya 1 jam mcm tu saja ( hahaha ) . Maka agak-agak berapa kali aku ulang? Ada waktu , sehari sekali, ada waktu seminggu 3 – 5 kali. Dan sampai hari ni, mahu lebih 100 kali aku ulang mp3 tu.

Suspicious Cartoon Sticker by Lloyd Davies for iOS & Android | GIPHY
korang kejar tak impian korang?

Nak jadi jutawan? Iya itu memang impian. Aku nak kearah tu, dan roadmap aku nak kearah tu sangat jelas.

Aku mula umur 27, sekarang 29. Dalam umur 35 status jutawan itu adalah pasti inshaAllah.

Cartoon Islam Sticker by Komik Aman for iOS & Android | GIPHY
amiin, doakan moga perjalanan dipermudah.

Ada kawan-kawan bagi nasihat, jadilah Founder Produk.
Nasihat itu aku terima , simpan tapi tak selari dengan nature of business aku sendiri.

Aku minat IT.
Walaupun dah buat ratusan web untuk founder produk, macam-macam jenis lah dari

  • Produk kecantikan
  • Produk kesihatan
  • Produk kosmetik
  • Produk minuman
  • Produk syifa islamik
  • Produk ubat kuat lelaki / perempuan

Dan macam-macam lagi.

Funny Cat GIF - Find & Share on GIPHY
haha, gambar ni tiada kaitan dengan konten

Tak terfikir lagi nak keluar produk sendiri sebab….

1. aku buat perniagaan mengenai servis Digital.
– buat produk fizikal pertama akan lari dari niche aku sendiri iaitu bisnes Servis
– bisnes baru perlukan modal baru. Kena cekap fikir kat sini. Produk kalau nak keluar minima MOQ 1000 unit, kos dah rm 15k, pemasaran takkan nak letak 5k ? itu baru kos produk , kos pemasaran, kos pekerja, kos lain semua . ah penim

Funny Cat GIF - Find & Share on GIPHY
hati-hati terima nasihat , lihat siapa yang sampaikan dan adakah nasihat itu relevan.

Kalau aku cerita ni kat mentor aku, dia akan deny benda ni. Dia akan nasihat supaya Fokus.

Iya fokus lah. Sekarang buat bisnes servis web, duit lebih untung, reinvest balik untuk

  • Team
  • Marketing
  • Infra lebih baik
  • Tools tambahan dll
Brain Think Sticker by Big Chicken Shaq for iOS & Android | GIPHY

Allah swt beri aku nikmat dan rezeki selepas PKP. Aku dapat achieve sales 6 angka dalam masa 3 bulan. Dan dengan berkat rezeki tu, aku tenangkan diri aku. Aku go deep dan tengok roadmap.

“ ini lah waktu terbaik untuk aku move on , aku tak boleh gerak seorang diri, aku perlukan TEAM “

Maka tanggal 1 Oktober, terbina lah AJ DIGITAL – PEMBINA LAMAN WEB BER INTERGRITI di  Senawang- Seremban Negeri Sembilan. Untuk ofis sahaja 30k aku habis kat situ. Ahhh gilaaa laaah.

What Sticker by imoji for iOS & Android | GIPHY
iya atok chan, saya siyes. haha

Tapi fikir-fikir balik, dari aku enjoy duit tu, pergi bercuti atau beli kemahuan diri aku, baik aku invest balik ke perniagaan aku.

Niat aku buat servis Web ni sebab merata aku jalan kat Senawang, Seremban, nak jumpa satu Syarikat buat web atau kedai buat web hampir SIFAAAAAAAAR! Fardhu Kifayah beb, aku kena tampil. Dan aku niat berniaga ni sebab nak bantu usahawan ke hadapan.

bisnes buat web kat Negeri Sembilan, nak cari kedai yang promote servis web macam tiada.

Kehadapan dengan bawa bisnes mereka ke depan dengan internet.

Serius bro, kedai, mall , makin kurang pengunjung sejak Pendigital Moden berlaku. Sejak wujud Shopee ngan Lazada, orang prefer beli online saja.

Aku pon turut terima kasih kat dua platform ni sebab diorang didik masyarakat seluruh negara cara shopping dengan Internet. Hahahaah mudah kerja.

lagi dua hari, cukup sebulan. Apa achievement yang aku dah dapat bersama team baru AJ DIGITAL?

tahun 2021 , kita naikkan signboard baru lip lap lip lap

Kat sini aku kongsikan resipi aku sebagai freelancer kemudian sebagai entrepreneur ( pengurus ofis dan team ).

Sebagai freelancer, aku lah orang yang membuat semuaa kerja. Marketing, sales, web design, web development, graphic design , video curator , video editing , funnel web, copywriting, ahh semua aku buat. hahahaah

Dalam buat web ni, ada beberapa flow yang aku dah buat.

Ini flow aku. Dan bagi siapa-siapa yang nak jadikan Web Designing sebagai Karier, blog ini boleh korang save dan ulang-ulang baca. Klik bookmark kat atas tu.

Trazoz Sticker for iOS & Android | GIPHY
marketing adalah jantung bisnes

1. Pengiklanan/Marketing

mostly klien aku ni adalah dari website aku sendiri iaitu Adamjamaludin.com. Aku tak pernah buat iklan seperti Google Ads atau Facebook Ads untuk dapatkan klien web. Sebab aku sendiri faham KAPASITI aku.

Dalam sebulan aku target dalam 25 ke 30 web.

Nota : Normal bagi mana-mana web designer, mereka ambil 7-8 web sebulan. Pastikan korang tahu kat mana tahap skill korang dan peruntukkan masa untuk siapkan satu satu web.

apps yang aku guna, boleh ke web mereka waveapp

2. Quotation & Invois

aku gunakan sistem Waveapp untuk buat invois dan quotation kepada client-client aku. Senang nak manage , senang nak follow up. Dan setiap servis aku , aku dah letakkan description, tajuk, harga.

Dekat situ jugak, aku letakkan terus cara pembayaran . Mudah untuk client aku bank in. Dan sistem Waveapp ni jugak boleh hasilkan Resit selepas pembayaran dilakukan.

Dekat sini, korang boleh lah track berapa banyak duit masuk setiap minggu, setiap bulan. Dekat sini jugak korang boleh follow up customer yang tak bayar lagi , atau belum mulakan pembayaran selepas invois dah bagi.

Money Sticker by Al Roker for iOS & Android | GIPHY
sayangi duit anda, pergi follow up

Ingat, cari lead ni susah dan costy. Hargai customer sedia ada , follow up mereka sampai close!

Jangan biasakan fikir, nanti customer akan bank in. Kau fikir macam tu, next lead masuk pun akan repeat benda sama.

Sebabkan aku ni suka follow up, dapatlah achieve 100k ++ dalam 3 bulan! Pergh riak ? Bukan riak, aku kongsi bagitahu sebab aku tengok kawan-kawan aku yang buat servis web ni suka mengeluh sebab klien tak bayar. Bukan tak bayar, kau tak follow up. Tu cerita dia.

Shaking My Head No GIF by Elijah and Christine - Find & Share on GIPHY
klien terlupa bukan salah kita, salah kita sebab tak follow up sampai dia terlupa

3. SOP Setiap Jenis Web

Ramai orang tahu aku boleh buat web laju. Laju tu bukan develop jer, tapi dari

  • Setup web
  • Design web
  • Graphic design
  • Buat copywriting
  • Setup payment gateway sistem
  • Siap lengkap integration dengan whatsapp dan  telegram
  • Dan macam-macam lagi
Office Working Hard GIF by UPT house - Find & Share on GIPHY
hahahaha, takder lah sampai macam ni laju

Aku achieve speed ni sebab aku train. Lepas berpuluh ke ratus web aku buat, aku dapat satu ryhtm iaitu setiap jenis web ada cara untuk laju buat.

Contoh web jenis jualan, cara dia macam ni, cara buat ecommerce, cara dia macam ni. Kemudian proceed design cara dia macam ni.

nak lagi detail , aku sarankan korang baca post aku sebelum ni, SOP cara kerja bina laman web cepat sepantas 5 jam.

4. Support

Sebenarnya bila web dah siap lengkap, test dulu. Test sampai jadi ke pembelian, tengok berkali-kali di PC, tengok di HP, tengok di tablet, adakah design ni cun, cantik dan responsive. Kalau ok, test pula sistem, sampai ke pembelian, kalau semua ok, proceed kepada delivery web ke klien.

Setiap klien aku akan buat training simple cara nak handle web. Handle ni bukannya aku ajar dia buat design web, buat sistem. Kalau tu, susah wei, 8 jam kena ada. Haha

Aku akan training dia 4 perkara ni

1. Cara Nak Update Website.
– benda ni agak mudah, hanya fokus kat plugin dan themes saja.

2. Cara Nak Process Order

Kat sini akan bagi tahu bagaimana nak process order di web dan cara nak tengok/process order melalui phone ( apps )

3. Cara nak tambah produk

4. Cara cek duit masuk dalam bank melalui payment gateway.

Berapa lama sesi training ni? Adakala 1 training less than 1 hour, adakala 2 jam jugak. Range masa dalam 1-2 jam.

Training ni mudah saja. Kena tahu sampaikan apa yang penting sahaja pada klien. Jangan training benda yang tak perlu. Nanti fungsi web jadi terganggu, boleh rosak web, dah tambah satu kerja nak revamp. Haha

5. Marketing untuk web

kebiasaan bila web siap, aku akan sarankan klien buat iklan terus samada  goolge atau fb. Selalunya sebelum buat web, aku akan tanya soalan ni

“ apa plan tuan/puan selepas web siap? Dah ada team untuk buat sales dan marketing? “

Kalau mereka belum ada, aku akan suggest beberapa player ads. Kalau mereka dah ada, good news untuk mereka. Web akan hasilkan sales lagi cepat!

launch web baru 3 hari dah sale 6k, cost buat web baru Rm 2580 untuk Ecommerce dari AJ Digital.

Dan ingat. Ini baru satu klien, personally rekod aku adalah 25-30 web setiap bulan. Agak-agak macam mana aku handle semua ni? Mudah tak? Jawapannya mudah. Sebab aku dah ada flow sistem seperti kat atas yang aku tulis tu. Ada jugak beberapa part aku tak tulis, itu golden egg aku, tak dan nak share semua. Haha.

Dan good news aku nak kongsikan pada korang, yang masih baru nak belajar tentang web atau jenis-jenis web, bulan 12 ni aku akan buka kan kelas belajar web versi online.

Oh My God Wow GIF - Find & Share on GIPHY

Laaa kelas web lagi? Ni mesti ajar buat ecomm lagi kan?

Tak.
tak
Tak.

Haha

Dalam modul yang aku bawakan, aku ajar setiap peserta cara bina Jenis-Jenis web. Dan kelas ini akan berlangsung selama 3 ke 6 bulan. Wait kenapa lama sangat?

Aku nak ajar orang buat web, dan fungsi-fungsi khusus.
Aku nak kongsikan juga macam mana nak bina jenis-jenis web kat luar sana. Contoh seperti

– web hotel
– web restaurant
– web sekolah
– web pembelajaran
– web listing rumah
– web ecommerce ( advanced )
– web bengkel
– web pelancongan
– web macam shopee / lazada ( advanced )

dan macam-macam lagi.

Dan ofcourse benda ni tak boleh belajar semua dalam seminggu. 3 bulan ke 6 bulan waktu yang terbaik. Dan lagi best, semua ni online! Video buat web ni akan aku kongsikan khas pada peserta. Korang boleh rujuk anytime, dan rewind step-step yang disampaikan

tutorial step by step akan disampaikan personally oleh Adam Jamaludin ( thats me! )

Matlamat kelas ni, aku nak lahirkan lebih ramai usahawan Web Designer.

Web Designer sangat kurang di Malaysia sedangkan demand tinggi untuk web. Yang tahu buat web ni mostly tahu buat satu dua jenis web saja, tapi bila ada klien nak web specific, ada yang terus surrender sebab tiada skill tu atau tiada rujukan nak buat web jenis seperti itu.

Skill bina laman web ni kalau korang kuasai, bukan sahaja boleh bantu bisnes korang bahkan korang boleh jadikan karier sehingga boleh hasilkan 6 angka sebulan.

Aku tak ajar korang shortcut untuk kaya, tapi aku nak ajar korang KEMAHIRAN tambahan iaitu BINA LAMAN WEB.

Jom join group facebook ni , group ni himpunan tutorial mengenai website serta soalan-soalan yang mengenai pembinaan laman web

https://www.facebook.com/groups/291498815280398/

jom group fb ni , klik sini

Ok done iklan, haha
kelas ni akan mula bulan 12 nanti, konten masih dalam proses pembinaan.

Pesan aku pada teman-teman freelancer yang buat servis buat web, jika korang ada kapasiti atau nak upgrade ke Ofis, untuk gather team dsb, teruskan niat korang tu. Tapi pastikan ilmu tambahan ada di bahagian pengurusan, perakaunan dsb. Kalau tiada, upah orang ( pekerja ) untuk manage benda tu.

antara sebab aku open ofis adalah aku nak berkembang. Aku nak jadi AJ DIGITAL tempat rujukan untuk bina web, belajar web.

Pesan kawan aku

“ jangan buat kerja sorang-sorang, nanti job tak dapat deliver, orang cop kau SCAM “

Hahahaha. Ada betul jugak apa kawan aku pesan. Lepas ada team ni, antara benda paling aku suka adalah

  • Aku ada graphic designer yang CUN. Cun pada design. Setiap web yang aku hasilkan , atau team aku hasilkan, web tu jadi lagi lawa pada graphic design dia. Memang kemas beb.
  • Sebab tu aku hadiahkan dia PC , lagi cepat dia boleh render dan design lagi, haha.

Itu lah dia perkongsian aku kali ini. Konten agak macam tak teratur. Mana-mana part konten dalam blog ni korang rasa berguna, ambil dan jadikan pedoman. Apa-apa yang aku kongsikan adalah untuk manfaat bersama.

Aku bukan website designer/developer terbaik, tapi aku usaha ke arah itu atau melahirkan orang yang boleh ke arah itu. Moga ada lah sedikit sebanyak pahala untuk aku nanti kat sana.

Sekian.

Adam Jamaludin
Founder AJ DIGITAL,
Senawang Negeri Sembilan
Pembina  Laman Web Ber Integriti.

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin

Adam Jamaludin adalah Professional Website Developer. Kepakaran beliau adalah menghasilkan Laman Web Professional untuk usahawan yang ingin berkembang jaya di dunia Internet. Beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah laman web dalam masa yang singkat. Adam Jamaludin juga bergiat aktif dalam penulisan artikel dan SEO. Beliau telah menghasilkan buku SEO Mastery 2020 untuk membantu usahawan di luar sana.

Tinggalkan komen anda...

2 thoughts on “Umur AJ DIGITAL dah sebulan! Ini perjalanan kami…”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Saya

Kenali saya Adam Jamaludin, Professional Website Developer dan Penulis Artikel & SEO. Kepakaran saya adalah membantu usahawan membina laman web professional.

Ikuti Saya Di Media Sosial

Post Trending Minggu Ini

Like , Follow , Share Fb Page

Tutorial Terkini di Youtube

×

Hi!

Oppa tengah online ni! Klik gambar Oppa di bawah untuk start chat.

× Ada Apa-Apa Boleh Saya Bantu?