Tengahari tadi aku dapat mesej dari whatsapp. Future Prospect dari Bangi nak buat Website. Alhamdulillah dia datang ke Seremban 2 nak bincang mengenai website. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Bagus juga bila ada website ni, orang carik, jumpa dan terus decide nak buat. Nice lah kan? Ini juga salah satu proses SEO.
Maka meeting ini aku pendekkan sejam sahaja sebab jadual aku agak pack sikit hari ni. Kebetulan hari ini juga aku telah lancarkan Promosi Website 5 Jam. Info korang tengok kat sini bagi yang terlepas pandang.
“ Promosi Website 5 Jam Siap “



Selesai perjumpaan pendek kami di KFC Seremban 2 ( dekat-dekat dengan tasik tu ) , aku terus pulang ke rumah. On the way nak balik tu, aku teringin nak belikan anak-anak aku kek. Kek murah-murah jer. Yang Chiffon macam span tu.

Kat Ampangan ni ada satu kedai kek yang jual agak murah. Bila aku parking kereta dan nak masuk kedai tu, aku terus ke freezer, tapi dihalang oleh cashier.
“ bang tulis nama dulu “
Okaaaay…
Sami’na wa ato’na ( kami dengan dan kami patuh )
Bila aku tulis nama , no telefon ngan suhu badan, terkejut aku.
Wowwwwww
Banyak betul nama dan no telefon.
This is JACKPOT!
Maka aku teruskan borak dengan cashier tu
“ banyak nama ni , ramai customer ya ? “
“ Database semua ni , banyak benda boleh buat “

Tapi sayang, dia hanya cashier bukan tokey kedai. Anggukan dia macam tak faham. Tapi aku nekad nak jumpa dengan tokey kedai tu. Sebab ini peluang baik untuk perniagaan dia ni.
Kenapa aku rasa macam tu?

Tahu tak korang, Database ni macam lombong emas bagi Usahawan. Aku bagi contoh, kalau korang jual rumah, ada lebih kurang 100 orang bertanya berminat dan bagi nama, no telefon dan email, agak-agak kalau korang follow up , andai kata 3 ke 4 persen dari total database berjaya close, tak ke untung dalam 20 ke 30 ribu sebab berjaya close?
Itu kalau jual rumah.
Tapi yang ni skop kecil yet sangat powerful.
Satu hari dia boleh capture 100 ke 150 nama orang datang ke kedai dia.

Dari sini dia ( peniaga ) boleh buatkan blast SMS atau Whatsapp untuk Tarik mereka ke kedai. Tapi kalau style aku, aku suka customer ni dihalakan ke website. Dekat website, apa jenis kek yang peniaga ni jual, dia boleh pilih.
Once dia pilih , dia boleh order dan order tu hantar terus ke whatsapp. Pembayaran nak by COD atau by online banking. SOP ini sangat mesra PKP!
Sehari ada 50-150 database. Seminggu? Sebulan?
Orang tak makan kek setiap hari, tapi sebab anda boleh keep in touch dengan mereka samada by telegeram / whatsapp / sms , ianya lagi murah berbanding 1 iklan fb ads 1 klik rm 1 ( haha )
Faham tak?
Knowledge is king.
So does database.
Bagi korang peniaga yang rasa PKP ni menjerut atau membantutkan income korang. Ini antara few suggestion yang aku nak bagi.
- Kalau bukak Food Stall tak kisah samada jual burger / kek / air dsb, patuh SOP Covid 19 , ambil suhu , nama , no tel. Mereka datang ke kedai korang sebab mereka tahu korang memang sedap.
Bukan senang tau nak dapat database ni.
- Bila dah ada database ni, simpankan dalam telefon satu persatu. Jika rasa renyah, taipkan semula dalam Excel. Buat table ikut Nama, No Telefon , Email ( kalau ada email )
- Dari sini korang boleh start kempen marketing percuma samada by Whatsapp , Telegram dan Email Marketing. Jika korang ada bajet lebih sikit, aku cadangkan buat website. Buat landing page.
Nak servis buat landing page murah siap hari sama ( siap dalam 5 jam ) ada Ecommerce? Klik kat sini
- Bawakan semua trafik yang ada tadi ke website korang. Kat kedai, orang tunggu tapi by website mereka boleh order terus. Senang kat korang. Diorang order kat web, order masuk kat whatsapp korang. Nice kan?
Anything yang boleh hasilkan duit untuk tambah income korang, try praktiskan.
Maka lepas beli tu , aku balik ke rumah dan continue buat web. Ada rezeki , aku nak datang balik ke kedai kek tu nak share idea n ikat tokey kedai. Mana tahu idea kecik macam ni boleh bantu dia Mara ke depan lebih maju.
Ustaz aku selalu pesan,
“ dalam kesukaran ada kemudahan “
PKP ni memang tuff, tapi good side nya mula dah Nampak sedikit demi sedikit. Stay strong, stay bless
Adam Jamaludin,
Grab Peluang Bantu Membantu.
1 thought on “UnAware Database Yang Ramai Peniaga Ada Waktu PKP Tapi Tak Sedar”
Tu la, kalau tak gunakan database yang ada tu buat rugi je